apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.11.10

yang ni aku suka...

KOTA BAHARU: Jabatan Imigresen akan memperkenalkan permohonan pengeluaran pasport secara online bagi memberi kemudahan kepada mereka yang mempunyai perkhidmatan Internet dan sibuk dengan tugasan harian.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) jabatan itu, Che Din Yusoh berkata, perkhidmatan percubaan itu akan diperkenalkan di kawasan Lembah Klang, bermula Disember depan.

“Ini adalah salah satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan Jabatan Imigresen dalam usaha mempercepatkan proses permohonan dan pengeluaran pasport di seluruh negara,” 

Menurutnya, usaha ini juga dilakukan ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan yang disediakan kerajaan kepada rakyat, selaras gagasan kerajaan menerusi slogan 

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Katanya, perkhidmatan itu akan diperluaskan di semua Jabatan Imigresen di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.

yang ni aku suka. eloklah! yang mana boleh dicepatkan, cepatkanlah, betul tak? mana boleh dimudahkan, mudahkanlah!

syabas! tahniah imigresen.

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.