Langkau ke kandungan utama

uwaa...aku nak balik duduk di kedah, boleh tak?

Foto
TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Haminah 
diiringi Ahmad Bashah (kiri) berkenan mendengar luahan mangsa banjir 
ketika melawat mangsa banjir di Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar, semalam

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam melahirkan rasa dukacita dan kesedihan baginda dengan kesukaran yang dialami rakyat negeri ini berikutan bencana banjir terburuk, sejak Ahad lalu. Sehubungan itu, baginda menitahkan semua pihak tanpa mengira fahaman politik menghulurkan bantuan yang diperlukan bagi meringankan bebanan mangsa banjir yang bukan saja kerugian harta benda, malah ada kehilangan orang yang tersayang.

“Beta amat dukacita dan sedih dengan kejadian banjir besar yang melanda Kedah negeri yang tercinta ini sejak seminggu lalu dan beta percaya pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan membantu meringankan bebanan mangsa banjir ini tanpa mengira fahaman politik dan sama-samalah kita bersyukur di atas nikmat Allah. Malah apa yang lebih penting ialah kita sama-sama ambil iktibar dan merenung serta memikirkan hikmah di sebalik kejadian ini,” titah baginda semasa majlis taklimat khas mengenai mangsa banjir di Wisma Darul Aman, semalam.

Terdahulu, baginda dengan diiringi Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun, berkenan mencemar duli melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti, di sini. Baginda meluangkan masa hampir sejam bertanya khabar kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan itu.

Turut berangkat mengiringi baginda berdua, puteri bongsu yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Pada majlis itu juga baginda turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM500,000 daripada dana zakat negeri serta berkenan mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk membantu mangsa banjir. Selain itu, YSB turut menerima sumbangan sebanyak RM200,000 daripada seorang individu yang tidak mahu dikenali.

daulat tuanku. raja adil raja disembah. raja prihatin disayangi rakyat.

petikan drpd berita harian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…