Follow Us @soratemplates

10.11.10

untukmu wahai perawan,,,

semua org nak kahwin dgn org baik, kan? perempuan hendakkan lelaki yg baik yakni lelaki yg beriman, kuat pegangan agama, menghormati ibu bapa, lembut tutur kata, penyayang....

begitu jugalah dgn kaum adam. mereka juga mahukan perempuan terbaik terutama utk melahirkan zuriat mereka. tak mahunya mereka kahwin dgn penagih dadah atau pembunuh kalau mereka tahu, iya tak?

so aku jumpa entri ni di satu blog. menarik utk dikongsi. 

bacalah:-


10 Sifat Calon Suami Yang Baik untuk dikongsi

1.. Kuat amalan agamanya. 
Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik
iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. 
Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah,
tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. 
Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata 
dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas,
tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. 
Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab
Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, 
tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

terima kasih kpd:isuhangat
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.