apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.11.10

untuk kakitangan awam...

post untuk kakitangan awam termasuk diriku ini. 

percaya atau tidak, setiap bulan biro pengaduan awam menerima lebih 60 aduan di seluruh negara yang melahirkan rasa tak puas hati terhadap penjawat awam yang bersikap kasar, biadab dan menyentuh isu perkauman sehingga menimbulkan rasa kemarahan pengadu dan rakyat. 

banyak tu! 

hai, kenapa, ya?    

macam2 kempen dah dibuat tapi nampaknya, masih ada juga yang berlagak, kan? kawan2, ubah2lah sikap. buat apa nak sombong2? buat apa nak marah2. anda ingat, anda aje ke yang penat? remember, 'customer is always right!' 

baca laporan kosmo di bawah!

IPOH - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes membabitkan penjawat awam berlaku biadab dan bersikap perkauman terhadap orang ramai.

Beliau berkata, masalah salah laku penjawat awam terutama yang bertugas di barisan hadapan tersebut disedari meningkat berdasarkan peningkatan aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA).

"BPA menerima lebih 60 aduan dari seluruh negara setiap bulan yang membabitkan penjawat awam bersikap kasar, biadab dan menyentuh isu perkauman sehingga menimbulkan rasa kemarahan pengadu dan rakyat," katanya pada sidang akhbar di pejabat BPA Perak di sini semalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.