Langkau ke kandungan utama

untuk apa berblog?


soalan yang selalu ditanya oleh ramai blogger, sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada rakan-rakan blogger yang lain ialah mengapakah anda berblogging? 

ada yang kata....blog ialah diari untuknya menulis apa yang dialami sepanjang hari.

ada yang kata....blog tempat dia meluahkan perasaan. suka hati dialah hendak marah ke, hendak menangis ke, mengumpat ke...blog dia, dia punya suka.

anda bagaimana? 

berblog untuk buat duit? 

sejujurnya, memang itulah yang menjadi idaman ramai blogger sekarang. tiupan semangat daripada red mummy, just khai mahupun ben ashaari dan sahabat baiknya, mat gebu yang dapat menambah pendapatan mereka tentu memberi kesan dalam menjadikan blog masing-masing blog duit. ada yang marah? 

aku? 

okey, terus terang, dulu, niat hanya hendak memasukkan cerita-cerita yang aku tulis untuk tatapan semua yang sudi menjenguk LUAHAN. tetapi bila semakin terdedah kpd blog2 'kaya'.... rasa teringin pula mengikuti jejak mereka. tak salah, kan? 

sebenarnya, perjalanan masih jauh. tetapi usaha tak kenal lelah. aku ingin berjaya di peringkat usia emas ini. 

mengharapkan, sambil memasukkan entri yang baik, ada masyuk..hehe....

mengharapkan, apa yang ditulis sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat. bukan sekadar hiburan. bukan kosong semata. 

walau bukan semua yang suka dengan apa yang dicoretkan, aku masih mengharapkan agar anda sedikit terkesan dan mendapat pengajaran.

kutuk? setakat ini belum lagi terima yang teruk-teruk sehingga ada rasa untuk berundur, alhamdulillah. 

komen? aku terima apa sahaja dari siapa sahaja waima anonymous sekalipun. tapi, aku rasa semua orang tentu lebih senang hati jika perkataan anonymous itu dapat digantikan dengan nama. mungkin akan wujud kemesraan antara kita, betul tak?

jangan ada yang terasa....

Ulasan

  1. masing-masing ada tujuan masing-masing kan?

    hehe..

    saya dah lama tak baca novel kat blog akak ni.. kekangan masa membataskannya

    LATEST ENTRY

    GIVE AND TAKE UNDILAH GKSB NO 51

    VOTE KAT SINI YER

    VOTE GKSB NO 51

    BalasPadam
  2. thanx...sudi jugak bertandang

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…