Langkau ke kandungan utama

tip supaya anda jadi ibu yg bahagia


ramai tak di antara anda ini terdiri dpd ibu2 muda. anda punya anak2 kecil berusia di antara sebulan ke 6 tahun? 
ada? hmm...
penat tak jaga anak? penat? sampai x ada masa untuk diri sendiri? sampai suami pun rasa terpinggir? whoa... jangan biarkan!!

anak memang penting kerana mereka permata hidup anda tapi kalau perhatian kepada mereka terlalu berlebihan sehinggakan bapak anak2 kita tu rasa terabai, kes bahaya tu! kang, kalau dia cari lain kang..camne? dan kalau menjaga mereka membuat diri anda sendiri tidak terurus, macam mana pulak tu?

di bawah ada beberapa tip untuk menjadikan anda ibu yang gembira. ibu saja? hey... bila anda ibu yang gembira dan bahagia maka... seisi rumah pun sama...

1.  anda mesti ada peruntukan masa untuk diri anda sendiri.
anda perlukan sedikit masa utk diri anda. ambillah 2 jam utk setiap 3 hari untuk bernafas dan relaks

2.  jangan kacau baby yang sedang gembira 
tapi sebenarnya, inilah yg kita buat. kita suka kacau anak2 kita yg sdg bahagia. 
contoh: 
kita memandu dan anak kita sdg lena dgn kepala terbuai2. kita pun cakap, kesian dia lalu kita betulkan kedudukan kepalanya dan apa jadi? si dia terjaga, hehe...atau, 
anak yg sdg seronok main pasir, buat istana bagai, owhh..baru kita fikir..kotor tu... lalu kita angkat dan letakkan dia atas papan gelongsor, misalnya. anak2 ini mengamuk sakanlah. bisa bikin hati panas, dong bila mereka menjerit marahkan kita sbb kacau diorang, kan? jadi, apa kata, mulai hari ini, kalau anda nampak sikecil itu bahagia, biarkan saja mereka. anda tentu bahagia bila mereka bahagia, tau!

 3. pejamkan mata pd rumah yg berselerak
rumah anda yg selama ini kelihatan sama seperti dalam Anjung Seri, soooo...cozy, tiba2 jd mcm tongkang pecah. tgk muka anak...mak aiii....dibiarkan makan sendiri... comotnya! tu...kat lounge..ada tapak kaki diorg melekat sbb masuk dgn lumpur dr luar. 
uwaa.... letih! mana mop? mana vacuum cleaner... mana maid?
hehe... kl anda asyik hendakkan kekemasan...baik bela anak patung, kan? this is life...tangkap gambar tu semua, simpan. boleh ditunjukkan pd anak2. biar diorang tahu...betapa penat mak diorg ni berkemas rumah setiap hari huhu..

4.  sayangi diri anda
anda jaga anak2, jaga suami, jadi pastikan mereka menghargai anda, tau. pastikan mereka ucapkan terima kasih tiap kali usai anda memberi perkhidmatan kpd mereka...hehe..alah, bukan susah! say thank you...anda bukan org gaji mereka, ingat tu!

5. rehat yg cukup
ambil 10 minit aje utk berehat. tutup mata, hela nafas dalam2 melalui hidung dan lepaskannya melalui mulut dan ulangkan. sambil tu bayangkan diri anda berada di tepi pantai chenang? 

6.  jadi sorang yg periang
jgn asyik hendak marah, tak elok anak tengok, tau. sesekali buat benda bodoh dgn mereka, bergurau, main2... jadi kawan. nnt anda akan nampak perubahannya. anak suka bercerita ttg diri dan kawan2 mereka.

7.  jangan rigid sangat 
apa kata kl sesekali buat perkara yg di luar jangkaan anak2. anda tahu apa yg dia suka. apa yg tidak. so, cari satu masa yg tidak disangka2 olehnya, share the moment dan buat dia gembira. 

8.  jaga tepi kain sendiri hehe susah nak translate ni ....Mind your own business
anda ada cara anda mendidik anak2. selagi ia menurut ajaran islam, peduli apa pd kata2 dan pendpt org lain, kan? jaga diri dan keluarga anda, org lain jaga diri dan keluarga mereka. yakin diri anda sebagai ibu yg terbaik untuk anak2.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…