Langkau ke kandungan utama

tentang mereka

dulu, drama-drama terbitan tv1, banyak yang berkualiti kerana satu gabungan produksi yang terbabit dalam pembikinan drama-drama adalah terdiri daripada orang-orang yang berkualiti. berkualiti di sini bukan bermaksud punya ijazah atau PhD.  maksud aku ialah mereka yang terbabit menghayati tugas dan tanggungjawab masing-masing. 

nama-nama besar seperti ahmad tarmimi seregar, rahim razali, rubiah suparman, liza abdullah, mahupun izzaidah khairan, boleh menarik kita untuk duduk dan menghayati cerita lakonan mereka dari awal sampai akhir. kalau tak percaya, mintaklah pihak tv1 mengulang tayang slot panggung dramanya. suruh tv1 tunjuk balik drama-drama yang sudah menang banyak anugerah. kemenangan itu memang berpadanan. sesuai sangat, tidak ada pertikaian langsung! 
eh, aku bukan nak cakap tentang drama lah! aku nak bercakap tentang izzaidah khairan dan suaminya, meor hasyim manap. 
Berdepan realiti, relung hidup Mior Hashim berbeza dengan golongan ayah yang lain. Lelaki berusia 55 tahun itu berhadapan dengan masalah tiga daripada tujuh anak hasil perkongsian hidup dengan izzaidah, isterinya, mengidap penyakit myopathy, sejenis penyakit otot.

Namun jauh sekali dia menyesali apa yang terjadi. Warna hidup yang dilalui hanya satu, bersyukur dan jangan berduka dengan kurniaan Allah S.W.T. Tiada langsung sekelumit perasaan tertekan, mahu pun rendah diri dan rasa tidak sempurna apabila dikurniakan anak tidak seperti anak orang lain.

"Mereka adalah harta saya yang paling bernilai di dunia ini. Saya tidak ada harta lain. Rumah yang kami duduki ini pun, saya masih menyewa," tuturnya bersahaja pada lewat pertemuan di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya berterus-terang, penghargaan erti sebuah pengorbanan sepatutnya didedikasikan kepada isteri yang dikasihi, Izzaidah Khairan.

"Isteri saya yang banyak berkorban dalam keluarga. Syukur alhamdulillah, saya mendapat isteri dan anak-anak yang baik dan bertaraf A. Mereka tidak minta itu ini, biar kami susah sama susah. Kalau mereka tahu ayah mereka tidak ada wang waktu itu, mereka tidak akan minta. Mereka sebenarnya yang berkorban untuk saya selama ini," ujarnya sambil mengerling mata ke arah anak-anak tersayang.

anda teruslah membaca tentang mereka di .....utusan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…