Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

syarikat pelaburan jenis menipu ni kan.... macam mana mereka melakukannya? hari ini satu syarikat ditutup, esok lusa tumbuh yg baru untuk me...

tak serik-serik

By November 03, 2010

syarikat pelaburan jenis menipu ni kan.... macam mana mereka melakukannya? hari ini satu syarikat ditutup, esok lusa tumbuh yg baru untuk menipu orang ramai. terkini, satu syarikat bernama wajib rugi. 
aku pun dilanda kehairanan. nama syarikat itupun dah 'loq laq', kan? Wajib rugi? mm, memanglah. yang melabur pun wajib rugi, yg jadi orang suruhannya pun wajib rugi jugak.

baca ni, thanks hmetero:

KUALA LUMPUR: Teruja dengan tawaran jawatan tinggi sebagai eksekutif pentadbiran menyebabkan puluhan graduan tempatan menjadi mangsa penipuan syarikat pelaburan ‘wajib rugi’ yang didakwa menjalankan perdagangan mata wang asing (forex) di luar negara. Kebanyakan mangsa yang baru tamat pengajian dan terdesak mahu mendapatkan pekerjaan didakwa tanpa berfikir panjang terus menerima tawaran pekerjaan itu yang kononnya menawarkan gaji sehingga lima angka setiap bulan.

Modus operandi
Semua mangsa dikehendaki keluar mencari pelanggan yang berminat melabur wang ke dalam syarikat berkenaan. Pihak syarikat berjanji memberi komisen sehingga AS$60 atau RM186.80 kepada pekerja yang membawa seorang pelanggan melabur dalam syarikat itu.

banyak mana pelaburannya?
mangsa (pelabur) melabur antara RM100,000 hingga RM200,000

sebab tu, yg selalu terkena dgn penipu2 ni ialah orang yg boleh digelar 'cerdik pandai' bukan orang2 yg tak mengaji tinggi dn jugak orang2 kaya yg tamak yg x pernah merasa cukup.

fikir sebelum kena, jimat sebelum habis, kan?

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.