apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.11.10

tahniah myvee..hehe bukan...Tahniah Vanidah Imran

perwatakannya yg lembut, karier seninya yang mantap, rumah tangga yang aman damai dan bahagia bersama suami dan anak-anak (yg ini sangat2 penting!) serta laris pulak sebagai pelakon iklan, mungkin menjadi penyebab mengapa dia yg terpilih utk menjadi hos baru program TV3, NONA, menggantikan hos sebelum ini, Maya Karin. 

Ya, akhirnya diumumkanlah bahawa Vee, yakni, Vanidah Imran isteri jelita si Rashidi dan ibu muda yg sentiasa menarik penampilannya itu sebagai hos rancangan yg satu ketika dulu disukai ramai dan antara program TV3 yg paling d popular. tentu shj pemilihan ini diharap dpt menaikkan rating program NONA, kan?

Betul, Vanidah memang berkarisma. betul, Vee memang pilihan terbaik. tetapi TV3 oi, kl rcgn kome tu masih x berubah konsepnya, tidak menumpukan kpd kumpulan sasaran sebenar, maka hancus jugak nnt! ehh, aku bukan mendoakan yg x elok, jgn salah faham! aku cuma menegur kut2lah u all yg jd penerbit tu lupa siapa yg jadi penonton setia tv3. 

cuba tunjuk sst yg rapat dgn masyarakat.....buang segmen utk org2 kaya.... percayalah, x siapa suka bila ditonjolkan dgn rumah2 mewah datok, daton, tan sri... tp cuba sesekali bertandang ke kg, tunjuk kehidupan gadis desa...dlm bahasa mudahnya...tolonglah...BACK TO BASIC.

mmm, kl nak contoh yg baik, cuba mainkan semula cerita korea lakonan jang dong gun ngan chae rim yg bertajuk ALL ABOUT EVE. kisah menarik merebut persaingan menjadi pengacara di stesen tv KBS. 

okey....aku membebellah pulak. apa2 pun, syabas dan tahniah utk Vanidah Imran.


7 ulasan:

  1. Tahniah Vee...
    Amat sesuai sekali

    BalasPadam
  2. setuju ngan pendapat K.sofi tu....asyik2 bganti hod aje tapi dr segi rancangan itu sendiri tiada prubahan langsung...boring lah...
    ai dh lama x tgk nona...bosanlah asyik2 ceta pasal artis n org2 kaya.....kalu dh berabad2 cam itu je...tiada prubahan langsung....x rugilah kalu x tgk pun....

    BalasPadam
  3. Saya setuju dengan kak Sofi. Bukan hos yang patut ditukar, tapi sebaliknya intipati rancangan itu sendiri. Apa ke jadahnya asyik nak tunjuk rumah orang kekaya, padahal mereka tak tengokpun Nona tu. Apasal asyik nak cerita pasal artis sedangkan dah banyak sangat segmen yang menonjolkan mereka tu. Betul kata Kak Sofi, back to Basic.... penonton bukan setakat nak tengok pengacara yang cantik jelita tapi isinya biarlah yang berguna untuk para Nona kat luar sana tu.
    Amboi.... berasap nampak???? He he he...

    BalasPadam
  4. @Dr.LoVe
    mmg pun! ubah dr semua segi utk mantapkn rcgn itu.

    BalasPadam
  5. @Anonymous

    iya, berapi bukan bersap lg dah...hehe..

    BalasPadam
  6. @Anonymous

    iya, berapi bukan bersap lg dah...hehe..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.