Follow Us @soratemplates

26.11.10

tabahkan hatimu...


pelbagai berita dimuatkan di dada akhbar setiap hari. dari politik ke sukan, gembira ke duka, semuanya...
kita yang membaca kadang-kadang tidak mampu mengawal emosi. kita turut menyelami perasaan mereka yang mengalami.....

terkini, kisah menyayat hati seorang ibu muda berusia 34 tahun. rumahnya dimasuki dua orang perompak bertopeng jam 4.30 pagi kelmarin. dia dan anak perempuannya, gadis sunti berumur 12 tahun diikat dan disuruh diam sementara mereka menggeledah rumah.

perompak itu berjaya mengumpul duit dan barang kemas bernilai lebih kurang RM2000. namun tak puas hati lagi. maka yang seorang hendak merogol si anak. ibu kemudian merayu meminta supaya tidak melakukan terhadap anak. sebaliknya dia...begitu besarnya pengorbanan... ya, dia dirogol! bukan setakat itu, kawan2, penjahat seorang lagi merakam perbuatan terkutuk kawannya pada wanita malang iru di telefon bimbit.

binatangkah atau haiwankah atau syaitankah? menggelapkan masa depan seorang isteri? mencalitkan arang ke muka seorang ibu?

ya Allah! musnahkanlah penjahat-penjahat itu sebagaimana mereka telah memusnahkan hidup wanita malang itu dan kepada wanita ini, pintaku, tabahkanlah hatimu, ya!

bacalah......di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.