Follow Us @soratemplates

9.11.10

skandal?


entah artis mana yg diceritakan dlm ruangan soseh2 dlm hmetro ini, sofi x tahulah. tp. membacanya, hati rasa terbakar. geram. sakit hati. yg pasti, artis ini mestilah org melayu, beragama islam. itu yg buat perasaan ini membaraaa...

baca, ya..and thanx metro:-

Daripada rupa paras artis itu yang tutur katanya lemah-lembut itu, mati-mati SS ingat dia ini lain daripada yang lain. Rupanya dua kali lima juga. Apabila rakan SS bercerita perihal artis ini, memang susahlah SS hendak percaya tapi bak kata orang, bangkai gajah mana boleh ditutup. 

Ceritanya, dia dan pasangan kekasihnya dulu dah lama tinggal bersama iaitu sejak mereka 'mengisytiharkan' percintaan mereka lagi kepada masyarakat dan pihak media. Mereka ingat apabila semua orang dah tahu, mereka dah ada lesen untuk tinggal berdua macam suami-isteri. Undang-undang jahiliah mana yang mereka ikut? Tapi kalau dah buat perkara keji, macam manalah Allah swt hendak restu sampai ke jenjang pelamin. Apabila kita bagi cadangan suruh kahwin, kata mereka duit belum cukup. Kalau sebut pasal duit, sebagai manusia sampai bila pun kita memang tak pernah cukup duit. Makin banyak duit, makin kelabu mata.

Dipendekkan cerita, artis perempuan ini ingat, kalau dia dan teman lelakinya yang juga seorang selebriti, dah khalwat berdua, si kekasih hati akan setia sehingga ke mati tapi malangnya, kekasihnya itu menyimpan hati pada perempuan lain. Dasar buaya paya bakau namanya. 

Teman lelakinya itu memang nafsu lain macam dan tak dapat dikekang. Diam-diam, dia sudah bawa balik perempuan lain dan berani bercengkerama di rumah yang sama. Kawan-kawan artis perempuan itu ada juga bercerita mengenai sikap teman lelakinya itu, tapi dia tak mahu dan susah nak percaya. Kalau SS pun takkanlah nak percaya buah hati berani bawa masuk orang lain ke bilik tidur yang sama. 

Hendak dijadikan cerita, satu hari artis perempuan itu tak semena-mena balik awal ke rumah. Mungkin nak siasat kot. Terbuka saja pintu bilik tidur, memang 'rezekinya' kerana terdedah habis babak melampau teman lelakinya itu di depan matanya. 

Apa lagi terkedu, tergamam dan rasa macam nak pengsan dibuatnya! 

Akhirnya, dengan hati yang hancur luluh, artis perempuan itu terpaksalah masukkan baju dalam beg dan angkat kaki balik ke rumah sendiri.

Begitulah ceritanya skandal yang seharusnya menyedarkan mereka yang terbabit. Hidup memang tak berkat dan dosa menjadi habuan.

1 ulasan:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.