simon..x 'power' mana..hehe






                                             dalam rancangan realiti di televisyen, juri seolah-olah hanya boleh memberi pendapat. pendapat juri mungkin boleh mempengaruhi undian, mungkin juga tidak. 

anda yang suka tengok rancangan american idol tentu kenal lelaki di gambar sebelah, si simon cowell tu. dia sekarang ni jadi ketua juri di X-factor, rancangan realiti yang berjaya melahirkan artis inggeris hebat, leona lewis. 

rancangan ini menampilkan ramai peserta berbakat tapi simon cukup tak suka dengan salah seorang peserta ni. nama dia, wagner carrilho, seorang lelaki berusia 54 tahun yang juga bekas seorang guru pendidikan jasmani. 

simon kata wagner tak hebat dan tak layak jadi juara x factor. 

nak tahu apa yang rakyat england buat?  

berjuta-juta peminat mengundi pada setiap minggu bagi memastikan wagner carrilho, berketurunan brazil, meneruskan kemaraannya dalam program mencari bakat nyanyian di televisyen, X Factor kerana mereka sengaja mahu membangkitkan kemarahan ketua juri X Factor, Simon Cowell yang begitu bencikannya. ramai penonton terpikat dengan aksi bertenaga Carrilho setiap kali dia beraksi di pentas sehinggakan satu muka surat dalam laman Facebook diwujudkan bagi menggesa orang ramai supaya mengundinya.

siapa lagi 'power' sekarang? pengundi atau simon? 

sama jugalah keadaannya bila kita ada pilihanraya nanti, kan? undi di tangan anda.. hah, dah mula nak merapu! bye...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen