apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

27.11.10

siapa nak kahwin dengan aku?

pix_toprightpix_middle

bukan akulah! ni, mamat ni! dia dah bersedia untuk kahwin. jadi, dia buka tawaran kepada semua wanita, tentunya khas kepada wanita berbangsa cina, kan.... tapi kepada peminat dia, bukan orang cina pun, tak salah kalau mencuba, kan! cuba ajelah...dah dia beri lampu hijau dan hendak memilih isteri.

siapa dia ni? laa.. tak kenal ke? dia nilah Liu Xiang, atlet negara China yang memenangi pingat emas acara 110 meter lari berpagar Sukan Asia Guangzhou Rabu lalu dengan masa 13.09 saat - catatan masa terbaiknya sejak mengalami kecederaan pada perlumbaan peringkat awal pada temasya Sukan Olimpik Beijing 2008. dia pelari kaya,  dia bekas juara Olimpik, dia pemegang rekod dunia, dan dia ialah seorang bujang yang paling diingini di China.

tapi, ada syarat tau!

1. perempuan itu mesti hormat orang tua mereka berdua
2. sanggup tinggal dengan ibu dan ayah Liu
3. beri Liu 2 orang anak sebelum 2015

untuk  kahwin dengan dia ni... pertamanya, kalau kena kejar, dia boleh dukung anda dan pecut lompat pagar, betul tak? hehe... lawak je...

okey....anak2 dara semua... cubalah tackle liu xiang ni...

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.