Langkau ke kandungan utama

siapa guna ron 95, angkat tangan...

semalam, sofi tulis tentang kenaikan harga petrol ron 97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.


dalam bh hari ini, menteri dikritik oleh pembangkang juga isu sama. dia pun balas, katanya:


rakyat tidak perlu rasa panik kerana lebih 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan RON 95 selain menjangkakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini. 

betul ke ni? setahu aku, aku guna ron 97. korang? 
pastu, kan...dia cakap seolah2 hujung tahun tu jauh lagi. kan? kan? dah tak reti mengira ke hape? sebulan aje lagi, weh! nape? lepas tu nak naikkan lagi ke? huhu...

Kata menteri itu lagi...., 

kebanyakan stesen minyak di kawasan kampung, termasuk Gua Musang dan Batu Sapi tidak menyediakan petrol jenis RON 97. jadi, 

"Kenapa kita nak bimbang kepada perkara yang tidak memberi kesan kepada kita. Rakyat tak perlu bimbang," katanya. 

Makkk... itu di galas dan di sapi, yb oi, nih..kitorang di kl, dan tempat2 lain? uwaaa.....cakap apa macam ni? 

Beliau juga berkata..... 

bahawa kenaikan harga petrol RON 97 itu juga tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang kerana tidak membabitkan kenaikan harga diesel. 

apa jaminannya? kl nnt ada kes sorok gula, sorok minyak, main sorok-sorok? 

payah.... rasa ingin aku cubit2 mulut tidak berinsurans itu! mengong!

Ulasan

  1. salam..kak sofi..heheh aku guna ron95..n kebanyakkan org sekeliling pun guna ron95..kwsn bndar..
    mula2 guna dulu mmg rasa tak sedap je enjin kete masa guna ron95 pastuh gunala balik ron97..rasa mcm sombong jer masa tuh rasanya wahahha tak lama pastu (rasanya lepas company myk tuh kata formula baru) ,try balik ron95, rasa lagi ok n lbh kurg sama je rasa ngan guna ron97...hehhe tu kete aku la...kete lain xtau..

    BalasPadam
  2. okey, thanx for d info...
    baru kak sofi faham..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…