apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.11.10

sentuh, manja....tak apa?

di hujung2 tahun begini, kurang sikit bebanan kerja. iyalah bebudak T3 dah habis periksa. aku nak kena jaga bebudak T5 jek. masih sibuk dengan persediaan utk SPM Fizik mereka.

okey, bebel ttg bebudak ni, aku nak sentuh ttg sikap anak2 perempuanlah.

kenapa ya sekarang ini, begitu mudah 'mesra alam'nya di antara lelaki dan perempuan? yg perempuan...aku nak cerita ttg girls f3 sekolah akulah... sbb aku nampak perbuatan mereka. sikap yg seolah2 tidak ada lagi segan silu sesama kawan. mudah sahaja bergaul mesra dgn kwn2 lelaki tanpa membuat batas dan sempadan sehingga boleh sahaja diri dicuit. bertepuk tampar mcm dah 'tak apa'.

yg geramnya, bila ditegur...mereka pandai menjawab, 'alah cikgu, xde apa2lah, kami kawan2 jek!'

sudah jenuh aku menegur di dlm kelas. sering aku katakan,

'perempuan, yg ada pd kamu ialah harga diri dan maruah. jgn murah sgt, jgn lelong. nnt tua, menyesal!'

tp kalau cikgu aje yg berkobar2 memesan, sdgkan mak pak kat rumah biarkan.... payah ceritalah, kan?

entah...susah hati melihat gelagat manja dan menggoda sesama kawan...

2 ulasan:

  1. benar sgt kak sofi.. tengokkan gelagat anak2 hari ini ngeri kita dibuatnya.. sepatutnya ibu bapa kena lebih 'cemburu' dengan anak2 perempuan mereka.

    BalasPadam
  2. @NIk Fauziah Nik Hussin
    nak buat mcm mana? ignorance is bliss kut?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.