Follow Us @soratemplates

8.11.10

selit surat nikah dlm dompet

Anda bacalah kisah di bawah. kemudian, anda tanya diri anda, kalau anda di tempat wanita ini, apakah reaksi anda? apakah yang akan anda lakukan? layannnzz...

Saya seorang kontraktor kecil. Tahun ini merupakan tahun ke-20 saya menguruskan syarikat ini. Sebenarnya saya banyak bergantung kepada suami sebagai tulang belakang dan body guard terutama jika saya terpaksa membuat kerja-kerja di luar daerah dari tempat saya tinggal. 

Sekarang saya menjalankan kerja-kerja landskap untuk sebuah kilang kelapa sawit di sebuah daerah lain. Saya memang kerap datang ke daerah itu untuk membuat persiapan landskap. Oleh kerana saya dari Perak, amat jauh dari Negeri Sembilan maka saya terpaksa bermalam di hotel berhampiran dengan kilang kelapa sawit tersebut.

Ini kisah yg terpalit dlm hidup saya. 

Pada penghujung bulan lepas, saya bersama suami dan dua pekerja kami (orang Bangladesh) ke daerah itu untuk memulakan kerja-kerja penyediaan tapak. Nak dijadikan cerita, satu malam sedang saya tidur, pintu bilik hotel diketuk dengan kuat. Oleh kerana terkejut, dalam keadaan terpisat-pisat, suami saya mengambil masa beberapa saat untuk membuka pintu. Saya juga terkejut dan tergamam. Kerana tak pernah kami dikejutkan malam-malam begitu. Nasib baik saya lengkap berpakaian. 

Di muka pintu bilik hotel berdiri lapan lelaki Melayu dan seorang wanita comel dan genit. Mereka lantas kenalkan diri sebagai pegawai dari pejabat agama Islam daerah itu dan meminta pengesahan taraf perkahwinan kami. Macam-macam mereka minta untuk membuktikan bahawa kami suami isteri.

Oleh kerana kami datang bekerja, apakah bukti yang kami boleh beri bahawa kami sudah berkahwin selama 25 tahun? 

Saya beranikan diri memberitahu mereka bahawa kami ada tiga orang anak sedang menuntut di universiti. Mereka tak percaya dan tidak berpuas hati malah mereka enggan beredar sebaliknya terus berdiri menunggu pengesahan lain.

Saya terus menelefon anak perempuan saya di universiti. Ketika itu jam 2 pagi. Untuk membuktikan kepada pegawai tadi saya minta mereka bercakap dengan anak saya. Banyaklah soalan dikemukakan sebagai bukti kepada anak saya, seperti siapa nama emak bapak, mana rumah, siapa nama nenek dan datuk mereka, iaitu nama emak dan ayah saya. Termasuklah suami saya sekali. Setelah puas hati, barulah mereka beredar.

kasihan pasangan ini, kan? kdg2 aku x faham dgn pegawai pencegah maksiat ni. main serbu aje! x boleh ke bila dpt cerita atau panggilan telefon, mereka ni menyelidik dahulu? xkanlah x boleh bezakan di antara pasangan yg sah suami isteri dgn pasangan yg berkhalwat, berzina? uisy... x boleh? owhh...

aku teringat kata-kata pensyarah aku dulu. dia kata, senang aje nak kenal sama ada suatu psgn tu dah kahwin ke belum. kalau sudah, mmm, mereka ni x mesra alam. jln jauh terpisah dgn si suami kat dpn. tp kl yg sdg asyik masyuk...muda ke, tua ke, oii... peluk sakan! sambil raba2. tambah2 kl si lelaki suami org dan si perempuan isteri org... 'kaw tim' aksinyerr huhu...

jadi, lain kali jgn main serbu, ya tok2 haji! tok imam segala... nak serbu, pi serang gro dlm gambar hiasan kat sebelah tu. hari2 boleh jumpa. 

boleh aku nak nasihatkan pasangan2 tak? mcm ni.... mudah aje. walau ke mana anda pergi jgn lupa bawa salinan surat nikah. mcm anda bawa ic ke hujung ke pangkal. mcm itulah... 
boleh, kan?

2 ulasan:

  1. mmg dlm dompet sy terselit fotokopi surat nikah. sy dan suami pula nama bapa kami sama.
    Pembetulan tntg tak mesra alam tu. Sy ada 6 org anak berumur antara 12 hingga 5 tahun. Bila km keluar dgn anak2 suami jln dpn sy jln blkg sebab kena jaga pergerakkan anak2. Kalau keluar berdua mcm pasangan sdg bercinta...

    BalasPadam
  2. @ummu_khadijah
    alhamdulillah... smg ramai lg psgn yg mcm pagn ummu khadijah dan suami. anak2 dikasihi, psgn dicintai.. itulah, sebenarnya ksih syg x perlu ditunjuk2kan, betul tak? tp sesekali nak jugak dimanjakan...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.