Follow Us @soratemplates

25.11.10

selamatkah wanita daripada aids?


aids, pada satu ketika, amat ditakuti. sehinggakan ada yang tidak langsung mahu dekat dengan mereka yang telah dijangkiti. matinya dianggap hina. bukan begitu?

sedar tak anda bahawa kini kemungkinan untuk anda, wanita, dijangkiti virus HIV melalui hubungan seks adalah lebih tinggi daripada cara-cara lain termasuklah berkongsi jarum suntikan dadah, idu? bukan cik puan sofi sengaja buat cerita, ya... tapi itu adalah hasil kajian daripada laporan Suruhanjaya mengenai aids di asia 2008. dalam laporan itu menyebut, lelaki yang telah dijangkiti hiv menerusi idu dan bila dia mengadakan hubungan seks rambang, akan meningkatkan lagi jumlah wanita dijangkiti penyakit itu.

jadi, berhati-hatilah. adik-adik, kakak-kakak... sebelum kahwin tu, pastikan bakal suami dah melakukan saringan kesihatan demi masa depan anda. sayang, sayang jugak. cinta, cinta jugak! tapi kalau si dia dah mengidap hiv, tolonggglah! ketepikanlah semua perasaan cinta dan sayang itu kalau anda rasa anda tidak sanggup bersama-samanya sehidup dan semati. ada faham?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.