apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.11.10

selamat jalan, sayangku

Wanita ini berusia 95 tahun. dari perkahwinannya, dia mendapat 4 orang anak. dia penganut agama Buddha namun 3 dpd anak2nya memeluk agama Islam kerana berkahwin dengan orang Melayu.

perbezaan agama tidak memisahkan mereka. dia sangat menghormati agama anutan anak, menantu dan cucu-cucunya malah dia sentiasa menggalakkan mereka agar solat di awal waktu. Dia meminati Mawi dan dia juga sukakan sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

dia disayangi semua. anak, menantu, cucu malah cicit memanggilnya mama dan kelmarin, mama meninggal dunia. siapa yang menguruskan pengebumiannya? kesemua anak, cucu, cicit yang beragama islam inilah...
sila baca harian metro untuk mengetahui tentang wanita hebat ini seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.