Sekadar di pinggiran 7

Sekadar di pinggiran 7

“Saya dah okey, kan, doktor?” sepasang matanya bulat memandang wajah doktor yang sedang mengambil denyutan jantungnya. Tangan doktor yang sebelah lagi sedang mencari nadinya.

Doktor Andrew tersenyum manis. “Cik dah okey, tapi kita nak tengok perkembangan cik untuk 24 jam nanti.” Balasnya.

“Why? Is something wrong with her?” Ammar bertanya.

Doktor Andrew meletakkan tangannya di atas bahu Ammar dan kemudian menerangkan sesuatu di dalam bahasa Inggeris yang tidak dapat difahami oleh budak kampung bernama Salwa. Salwa menjeling geram. Sepatutnya dialah pesakit jadi penerangan itu mestilah untuk dirinya. Kenapa kepada lelaki itu harus doktor Andrew menerangkan dengan panjang lebar?

Dia tiba-tiba tersengih. Mesti lelaki itu susah hati sebab hospital ni mahal bayarannya. Macam mana Salwa tahu? Alah, bukan dia tak pernah ke hospital. Kalau dia dimasukkan ke hospital kerajaan, tak mungkinlah dia duduk di dalam bilik ini yang lengkap berhawa dingin, ada set sofa, ada tv, ada peti ais lagi.

Lama mata merenung peti ais itu. Hati meronta-ronta ingin melihat apa isinya. Ada cokelat tak? Teringinnya nak makan...kit kat? Salwa melompat turun daripada katil. Dia terus sahaja membuka pintu peti ais itu. Wallaaa.... tu dia! Apa yang diidamkan berada di hadapan mata. Dia terus duduk di situ.

“Hmm, cedapnya!”

Dia terus membuka balutan dan dengan lahap, cokelat kit kat itu dipatahkan dan dimasukkan ke dalam mulut. Mata terpejam menikmati keenakannya.

Ammar terus duduk di atas sofa. Terpesona melihat perangai anak gadis belasan tahun itu. Gadis yang bernama Salwa binti Rosli, berumur 17 tahun, baru menamatkan peperiksaan SPM dan berasal daripada Kuala Kangsar. Dari mana Ammar tahu semua itu?

Dia menemui secebis kertas di dalam poket seluar jeans Salwa. Pada kertas itu tercatat nombor telefon seseorang. Dia menghubungi orang itu, seorang gadis bernama Norehan, kawan Salwa yang menetap di Kuala Lumpur. Gadis itulah yang telah menceritakan tentang latar belakang Salwa dan sebab-sebab mengapa dia datang ke KL. Kata Norehan tadi, mereka sepatutnya berjumpa 2 hari yang lepas. Malangnya, ketika dia sampai di Hentian Putra, bayang Salwa tidak kelihatan. Jenuh dia menunggu namun Salwa tidak muncul-muncul.

Wajah Salwa ditatap lagi. ‘Aik, kuatnya makan? Tak berhenti-henti dari tadi? Dia ingat free ke apa cokelat tu?’ bisik di hati.

Tiba-tiba Salwa sendawa dengan kuat membuat Ammar terkejut.

“Hisy, tak malu betul awak ni!” marahnya.

Salwa tersengih. “Dah kenyang! Terima kasih, ya, awak.” Katanya. Salwa naik semula ke atas katil, menarik selimut lalu berbaring dan tidak lama kemudian, dia terus terlena.

Pintu bilik terbuka dari luar. Ammar tersenyum sambil merenung mereka yang masuk. Ibu dan ayahnya kelihatan sedikit kelam kabut.  

“Mana pakcik Bahar dengan makcik Hanum?” Ammar terlebih dahulu bertanya sambil berbisik, tidak mahu mengejutkan Salwa.

“Dah balik rumah diorang. Si bertuah tu datang ke rumah kita, menangis-nangis dia cakap yang dia dah kena tipu dengan lelaki jahat yang dia cintakan sangat itu. Puas dia tunggu di KLIA tapi kelibat jantan tu pun tak ada. Jantan tu lesap dengan duit yang diambilnya! Padan muka si Edreena tu. Bodoh! Tak tahu nak bezakan yang mana kaca, mana intan! Hah, sekarang dah dua-dua dia melepas. Kalau mak ikut hati mak yang panas ni, mahu aje mak tampar muka budak tu tadi. Geram...grrr...” bagai bertih, Datin Suliza melepaskan kemarahan.

“Yang kamu ni, apa hal pulak? Kenapa suruh mak dengan ayah datang ke hospital ni?” tanya Datuk Sazali.

Giliran si Ammar pula untuk menceritakan apa yang dia tahu. Berbagai perubahan di air wajah pasangan suami isteri itu bila mendengar cerita anak mereka. Berkaca sepasang mata Datin Suliza yang sensitif bila mendengar keadaan gadis itu semasa Ammar berjaya mengumpil bonet kereta tadi.

“Sebaik saya bukak bonet tu, mak, bau minyak tanah kuat sangat. Dia dah pengsan masa tu. Saya angkat dia, terus aje saya bawak dia ke sini.”

Datin Suliza mendekati katil. Dia merenung wajah lembut yang sedang lena. Diusapi rambut gadis itu. Dan, Salwa, entah apa mimpinya, tersenyum manis di dalam tidur, bagaikan anak kecil yang tidak mempunyai sebarang masalah sahaja.

“Nanti, bila dia dah boleh keluar wad, kita bawak dia balik ke rumah.” Kata Datin Suliza dengan tegas.

Ammar merenung wajah ibunya dalam rasa tidak percaya. “Tapi, kenapa? Saya baru bercadang nak hantar dia balik kampung.” Tukasnya.

“Ammar, selagi polis tak jumpa lelaki tu, tentu bahaya untuk kita biarkan dia sendiri, kan? Buatnya nanti lelaki tu cari dia, nak bunuh dia, amacam? Kamu tak rasa bersalah ke nanti?” tanya si ayah pula.

Ammar tergaru-garu kepalanya bagaikan kutu penuh di dalam rambutnya yang pendek dan kemas itu. Tiba-tiba dia rasa risau. Membenarkan budak perempuan ini tinggal di rumah bererti mereka akan sentiasa berjumpa. Macam mana nanti? Takut pula dengan hati yang tetiba berdegup tidak berhenti-henti. Bimbang ada rasa yang mengisi jiwa. Kacau!

“Bila dia boleh keluar hospital?”

“Apa, ayah?”

“Hai, dah mengelamun pulak? Apa yang kamu dok fikirkan tu?” sindir Datuk Razali. Geli hati melihat anak lelakinya yang gelabah.

Ulasan

  1. oho..
    da terpaut ya..
    jaga2 cik salwa..
    hikhikhik

    BalasPadam
  2. org pertama komen ka..hehe...
    tak sia2 bukak blog kak sofi sejam sekali..
    ader entri baru...
    teruskan kak sofi..

    BalasPadam
  3. hahahaha... tak sabar nk tgk mcm mana keadaan salwa ngn ammar ble 1 rumah nti... mesti kelakar...

    BalasPadam
  4. wah2 len mcm je ammar nih...
    besttttt...

    BalasPadam
  5. hmm..membaca senyap2..senyum senyap2..la ni baru nak komen:D..Best!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen