Langkau ke kandungan utama

Sekadar di pinggiran 4

Ammar Hamdi bin Datuk Sazali meletakkan gagang telefon perlahan-lahan. Dahi lelaki itu berkerut-kerut kerana dia sedang cuba memahami apa yang baru sahaja dia dengari. Arahan untuk dia daripada seseorang bergelar penculik. Penculik kepada tunangannya, Edreena.

“Dengar sini baik-baik, ya! Aku mahu kau bawa wang tebusan RM2 juta  dalam kereta kau menghala ke Klang melalui Lebuhraya Kesas. Ingat, ikut arahan aku! Kalau tidak, tunang kau yang cantik ini akan jadi arwah.”

Ayahnya, Datuk Sazali segera menghampiri. “Apa mereka hendak, Ammar?” tanya dia.

Ammar memandang wajah Encik Bahar dan isterinya Puan Hanum. Kedua-duanya kelihatan terlalu sedih kerana Edreena seorang sahaja anak mereka. Sejak Edreena diberitakan hilang 24 jam yang lepas, Puan Hanum tidak berhenti-henti menangis. Kini, apa yang dibimbangi sudah menjadi kenyataan. Surat yang disangka surat layang semalam rupa-rupanya memang datangnya daripada penculik. Nasib baik mereka sepakat mematuhi arahan pertama yang terdapat di dalam surat itu, iaitu, berita kehilangan Edreena tidak dilaporkan kepada pihak yang berkuasa!

“Polis tidak boleh tahu atau tunang kau akan mati!” begitu yang tertulis pada surat itu semalam.

“Ammar? Berapa banyak yang mereka minta?”

Ammar kembali ke alam realiti. Wajah ayah dan ibu, Datuk Sazali dan Datin Suliza direnung silih berganti. Dia kemudian memberitahu.. “RM2 juta, ayah!”

“MasyaAllah!! Ammar, Datuk, Datin, manalah kami ada duit sebanyak itu?” tukas encik Bahar.

Si isteri pula semakin sedih. Dia terus-terusan mengongoi. Terus-terusan meratap. “Matilah anak aku! Matilah anak aku! Siapa yang nak selamatkan dia? Siapa yang sayangkan dia? Datuk, datin, tolong selamatkan Edreena. Ammar, tolonglah selamatkan Reena. Makcik tahu kamu marahkan dia. Tapi dia tunang kamu. Kamu cintakan dia, kan? Tolonglah! Makcik hanya ada Reena sorang aje, Ammar. Kesiankan makcik!”

Datin Suliza memeluk tubuh bakal besannya. Rasa kasihan timbul mendengar rintihan wanita itu. Dia tahu betapa kecewa Puan Hanum apabila beberapa hari yang lepas, dia, suaminya dan beberapa ahli keluarga terdekat telah pergi untuk memutuskan ikatan pertunangan di antara Ammar dengan Edreena. Kata Ammar, dia tidak mahukan seorang perempuan curang menjadi isterinya. Ammar telah menceritakan bagaimana dia telah melihat dengan mata kepalanya sendiri tunang yang juga kekasih hati berjalan berdua-duaan penuh mesra dengan seorang lelaki menuju ke arah sebuah hotel. Dia telah meminta pihak hotel menelefon JAIS dan bahagian pencegah maksiat untuk memerangkap Edreena.

Setelah tertangkap, Edreena cuba memujuk rayu. Dia ingin kembali ke pangkuan Ammar namun, Ammar tidak mengendahkan. Bukti sudah di hadapan mata. Perpisahan adalah perkara terbaik untuk dilakukan.

Kini ini pula yang terjadi. Meski kemarahan kepada gadis itu belum reda, rasa kasihan terhadap bakal mentua tidak jadinya ini, menghalang dia daripada bersikap acuh tak acuh. Dia tahu, dia perlu menyelamatkan Edreena.

“Ayah, saya akan pergi serahkan duit tu sebagaimana yang pihak penculik mahu. Ayah telefonlah uncle Joe. Lagi cepat kita dapatkan duit tu, lagi besar peluang untuk kita selamatkan Reena.” Ammar akhirnya berkata dengan tegas.      
.............................

“You rasa dia percaya dan akan ikut cakap dan arahan you, Zam?”

Zaman merenung wajah buah hatinya. Senyuman terukir di bibir. Soalan itu menunjukkan seolah-olah gadis itu tidak yakin dengan dirinya. Dia menghampiri si jelita. Pipi diusap dengan belakang tangannya. Suaranya cuba meyakinkan...

“Baby, I ni Zaman, tahu! I dah biasa buat kerja-kerja ni semua. You hanya perlu yakin dengan I. Bila kita dapat aje duit tu nanti, kita akan tinggalkan negara ini. I nak bawak you menetap di Australia dengan I.”

“Seronoknya.....tapi, apa you nak buat dengan budak perempuan tu?”

Lelaki yang bernama Zaman itu tersengih lebar. 

“Baby, you kenalah mati, kalau tidak, macam mana kita nak pergi luar negeri? Budak perempuan itu.....hmm, katakan saja yang nasib dia tak baik. Siapa suruh bentuk badan dia tu sama macam you, kan, baby, kan?”

“You nak bu....bu....bu...nuh dia, Man? Tapi?” tergagap-gagap gadis cantik itu bertanya. Seolah-olah tidak dapat hendak mempercayai.

Zaman terus memeluk tubuh gadis cantik kesayangannya. Kerana gadis ini, dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa membunuh. Kini, peluang yang tiba tidak akan dipersia-siakan. Demi kebahagiaan dirinya dan Edreena, drama yang sudah sekian lama dirancang ini tetap perlu diteruskan. Dia sudah nekad!

“Dia akan mati terbakar, di dalam kereta bersama sebentuk cincin pemberian tunangnya dahulu. Dia akan mati sebagai Edreena. Baby, you toksah kasihankan dia. Nasib malang dia, untung untuk kita, kan?”

Edreena menguntum senyum. Sepasang mata memerhati wajah budak perempuan yang sedang terikat di atas kerusi di tengah-tengah ruang tamu rumah usang entah milik siapa di ladang tinggal itu. Dia amat yakin bahawa perempuan itu mendengar kata-kata mereka. Tapi, dia juga yakin bahawa perancangan Zaman tidak pernah gagal. Dia tahu bahawa apabila mayat wanita ini ditemui nanti, mereka sudah selamat berada di bumi asing!       

Ulasan

  1. ooo..
    kejam nya..
    mana hero ni..

    BalasPadam
  2. adui..dah jatuh ditimpa tangga... malang tak henti2 datang menyapa salwa... sian dia...

    next kak.. hehehehe ..makin tak sabar jdnya...

    BalasPadam
  3. msti ammar hero salwa..
    heheh..
    bes2..

    BalasPadam
  4. @MaY_LiN
    hehe..tunggu ya may lin..nnt hero dtg

    BalasPadam
  5. jahatnya Edreena...
    Memang patut Ammar lepaskan dia

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…