Langkau ke kandungan utama

Sekadar di pinggiran 2

Esoknya, pagi-pagi lagi Salwa sudah mengemaskan barang-barang keperluannya. Dia sudah nekad untuk pergi dari situ. Dia sudah tidak tahan dipinggirkan. Dia sudah tidak sanggup menanggung kesakitan. Cukuplah kemarahan yang telah diterima. Cukuplah semua sepak terajang mengena dirinya. Izinkanlah dia pergi. Itu harapannya kepada si ibu. 

Hamidah menjeling tajam ke arah anak bongsunya. Dia kemudian meneruskan kerja menggoreng nasi namun tidak lama selepas itu dia berpaling semula ke arah Salwa. Dahinya berkerut-kerut.

“Kamu nak ke mana?” tanya dia tegas. Wajah anak dipandang garang.

Salwa mengambil masa untuk menjawab. Bila mendapat kekuatan, dia kemudian bersuara, “Wawa nak minta izin mak untuk pergi dari rumah ni. Wawa rasa dah tiba masa untuk Wawa pergi. Wawa nak lepaskan mak daripada rasa terseksa kerana terpaksa tengok muka Wawa yang mak benci ni hari-hari. Boleh kan, mak? Wawa harap sangat agar mak boleh bahagia bila Wawa jauh dari mak. Wawa tak sanggup tengok mak sedih disebabkan Wawa. Ampunkan Wawa, mak.”

Tangan ibu disentuh, dikucupi lama. Setitis air mata jatuh di atas jari-jemari ibunya. Cepat-cepat diseka dan tanpa menoleh, Salwa terus melangkah laju. Dalam hati merintih sedih. Perpisahan ini bukan dipinta namun demi kebahagiaan ibunya, biarlah dia pergi. Ditolak ke tepi rasa sayu yang datang. Dibuang jauh bisikan hati yang kecewa.

Alya dan Aziah yang kebetulan baru keluar daripada bilik tercengang memerhati Salwa yang berlalu melintasi mereka tanpa menoleh ke arah mereka langsung. Cepat-cepat kedua-duanya mendapatkan Hamidah di dapur.

“Mak, budak tu nak pergi mana?” tanya Alya.

“Kenapa dia menangis, mak? Kenapa dia bawak beg macam orang nak pindah aje? Mak halau dia, ke?” Aziah pula mendesak dengan soalan-soalan mahal itu.

Hamidah menggelengkan kepala. Dia tidak mampu berkata-kata. Dia masih dihantui rasa bersalah. Dalam masa yang sama ada juga rasa kelegaan. Ya, dia kini tidak lagi perlu menatap seraut wajah itu. Melihatnya, mengembalikan ingatan kepada suami. Suami yang telah menipunya hidup-hidup.

Rosli dan dirinya menikah di Selatan Thailand tanpa restu dua ibu bapa Hamidah. Kata mereka, Rosli tidak ikhlas menyayanginya. Kata mereka, dia mungkin isteri kedua atau ketiga atau keempat. Yang pasti, dia bukan isteri pertama lelaki itu.

Dia memberitahu bahawa dia tidak peduli. Meski dialah wanita kedua, tiga atau empat, diia redha. Dia merelakan.

“Saya cuma perlukan dia, mak, ayah! Lain-lain semua tak penting bagi saya. Duit saya dah ada. Saya boleh tampung hidup saya sendiri.” Teringat kata-katanya yang angkuh dulu.

Dia menyangka bahawa andaian mereka tidak tepat. Mustahillah Rosli sudah berkahwin sebelum ini, fikirnya. Apatah lagi, Rosli sentiasa bersama-samanya sepanjang setahun perkahwinan mereka sehingga lahirlah anak kembar mereka, Alya dan Aziah. Hanya selepas itu barulah Rosli menunjukkan perubahan sikap. Rosli sentiasa memberi alasan untuk tidak pulang ke rumah. Ya, sehari, dua, memang dia boleh menerima. Rosli tak balik seminggupun, dia tak bising namun ketika hari berganti hari, ketika minggu berganti bulan... semuanya dia tanggung sendiri,  hati mula pandai marah. Dia pergi mencari Rosli di pejabat. Di situlah dia mengetahui tentang isteri pertama suaminya.

Patutlah suaminya boleh bersama-sama dengan dia selama setahun. Perempuan itu berada di luar negara kerana mengikuti satu kursus di New Zealand. Dia sakit hati kerana ditipu. Dia mencari Rosli dan mengamuk sakan. Kerana geram diri diherdik di hadapan semua orang, Rosli terus menceraikan dia dengan talak 1.

Sejak itu, Rosli tidak pernah ditemui lagi. Rosli tidak pernah kembali. Dan, dia tidak pernah memberitahu bahawa ketika itu dia sedang mengandung.

Detik perpisahan itulah menyebabkan kebenciannya hadir terhadap Salwa. Dia tidak mampu menafikan rasa itu. Dia kecundang dibakar api kemarahan. Dan, kini, anak yang dibenci itu sudah pergi. Pergi bersama serpihan hati yang kecewa dengan sikap buruknya. 

Ulasan

  1. sampainya hati mcik hamidah ni...kejam...sampai hati buat darah daging sendiri mcm tu...

    kak nk lagi dan lagi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…