apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.11.10

Sekadar di pinggiran 10

Sekadar di pinggiran 10

Salwa, Datin Suliza dan Ammar sedang berjalan-jalan di KLCC. Salwa yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke kompleks Menara Berkembar itu kelihatan sangat mengkagumi keindahannya. Sesekali Ammar mengajuk tingkah gadis itu menyebabkan Salwa menjelirkan lidah tanda geram.

“Awak, boleh jalan jauh sikit tak? Rimaslah dekat-dekat camni? Mak, kenapa anak mak ni mengada-ngada sangat?”

Datin Suliza tidak menjawab. Dia hanya tersenyum sahaja.

“Awak?”

Diam.

“Awak?”

Diam lagi!

“Hisy, kenapa dengan awak ni? Nak minta tolong sikit pun tak nak jawab bila kita panggil! Sakit hati!” marah Salwa. Beberapa buah beg yang dari tadi dijinjit terpaksa di angkat semula. Nampaknya lelaki itu memang sengaja hendak membiarkan dirinya membawa semua beg plastik berisi barang-barang yang telah dibeli tadi.

“Mana panggilan tu? Kenapa tak panggil saya dengan panggilan yang sepatutnya? Saya ni tua daripada awak, tahu! Awak kenalah hormatkan saya!” balas Ammar serta merta. Wajahnya menunjukkan dia marah dengan sikap Salwa yang tidak mengendahkannya.

‘Eleh, nak kena panggil dia abang, konon? Kempunanlah awak! Masa orang panggil hari tu, awak jadi gatal sangat. Tak kuasa!” sela Salwa dalam hatinya. Ingin sahaja dia berjalan jauh mendahului mamat ini, namun dia takut. Takut kalau-kalau peristiwa di Hentian Putra akan berulang.

Pihak polis telah menasihatkan mereka supaya berhati-hati. Lelaki bernama Zaman itu memang seorang yang dikehendaki polis. Sudah banyak penipuan yang dilakukannya. Ada juga terlibat dalam beberapa kes samun, rompakan dan penculikan.

Dari jauh, ketika bergerak ke arah kereta di tempat parkir, Ammar dapat melihat ke empat-empat tayar keretanya yang pancit. Hati mula berasa tidak sedap. Dia berbisik sesuatu kepada ibunya. Datin Suliza terangguk-angguk, memberhentikan langkah dan mengeluarkan telefon bimbit.

Salwa turut berhenti melangkah. Bukan kerana dia sudah nampak keadaan tayar tetapi kerana di hadapan mereka, ada 3 orang lelaki yang sedang datang. Dia cam salah seorang daripada mereka. Itulah lelaki yang menculiknya dahulu.
Dan, paling menakutkan dirinya saat itu, si Zaman juga ada. Sahlah! Nyawa mereka dalam bahaya sekarang.

Ammar turut menyedari kehadiran tetamu yang tidak diundang. Dia segera menarik tubuh Salwa untuk dilindungi di belakangnya. Segala ilmu seni mempertahankan diri sudah cuba diingati. Dia sudah bersedia untuk menyelamatkan gadis kesayangannya.
  
Pencak silat pun terjadi. Tae kwan do pun ada digunakan. Bukan mudah untuk seorang melawan tiga. Tegap-tegap pulak tu.

Tiba-tiba sebuah kereta bergerak dengan laju ke arah mereka. Entah mengapa, Salwa begitu pasti bahawa kereta itu dipandu oleh Edreena. Dia risau. Silap-silap, mereka akan dilanggar oleh gadis itu. Ataupun, dirinya akan ditarik memasuki kereta itu. Jadi dia perlu menghentikannya.

Teringat pada ‘dumb bell’ yang dibeli oleh Ammar untuknya tadi, Salwa lantas mengeluarkannya daripada beg. Ketika kereta itu terlalu hampir, dibalingnya alat sukan itu ke arah cermin pemandu. Arghh, masa kecil dulu, dia juara main tuju-tuju guli. Tentu sahaja, balingannya mengena! Dan, yang pasti, Edreena sudah tidak dapat mengawal pemanduan. Tidak lama selepas itu, kereta yang dipandu melanggar tembok!

Zaman naik angin. Sudahlah dia teruk dibelasah oleh Ammar, kini Edreena pula sudah kemalangan. Dia geram! Dia marah. Dia benci kepada Salwa. Lalu, tanpa amaran, dia bangun dan dengan menggunakan pisau lipat yang ada, dia terus meluru ke arah Salwa yang masih berdiri tegak.

“Wawa....” Datin Suliza cuba memberi amaran.

Mendengar suara cemas ibunya, Ammar tidak berfikir panjang. Dia terus melonjakkan dirinya sambil menjatuhkan Salwa. Pada masa sama, kakinya menahan langkah Zaman lalu Zaman tersadung jatuh ke atas mereka.

Ketiga-tiganya kini tidak bergerak namun yang pasti ada darah yang meleleh seolah-olah ada perut yang sudah tertusuk dengan pisau si Zaman. Siapakah yang menjadi mangsa? Tunggu, episod terakhir selepas ini, ya! 

4 ulasan:

  1. xsbr nk tau ending die..dok tgu dr smlm lg..cpt sket kak sofi ek..please...hehe

    BalasPadam
  2. suspend suspend ....

    BalasPadam
  3. kpd; ryssa, anonymous, momochan...thanx sbb sabar menunggu

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.