apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.11.10

sayang dan marah?

ibu-ibu, anda semua sayangkan anak anda tentunya. dan kerana sayang, kadang2 anda memarahi mereka, kan? namun, kemarahan anda kadang2 bisa membuat anak2 jadi takut. baca kisah menyayat hati dalam kosmo ini. 

LOKASI kejadian di Sungai Buaya, Marang yang telah meragut nyawa Mohd. Muzammil (gambar kecil) kelmarin.

Seorang kanak-kanak yang baru pulang daripada bermain bola sepak lemas semasa membersihkan pakaiannya di Sungai Buaya, Bukit Payong di sini petang kelmarin. Mangsa, Mohd. Muzammil Mohd. Hafzi, 12, dikatakan turun ke sungai itu untuk menghilangkan kesan lumpur pada pakaian kerana bimbang dimarahi ibunya. Malangnya, mangsa yang berada di dalam sungai telah dihanyutkan arus deras ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.20 petang itu.

Menurut bapa saudaranya, Subky Helmi Abd. Latif, 33, dua hari sebelum kejadian, mangsa dimarahi ibunya, Nur Zalia Wahyuni Abd. Latif, 36, apabila pulang dengan pakaian kotor selepas bermain bola sepak di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong.

"Mungkin kerana bimbang dimarahi sekali lagi, dia telah mengikut rakan-rakannya pergi ke sungai itu untuk membersihkan pakaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Nahu, Bukit Payong di sini semalam.

sofi: menyesal? tak guna lagi, dah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.