apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.11.10

SAYA SUKA BLOG AWAK LA!

image

kata ben ashaari, segmen ini amat mudah. dia kata lagi, sesiapa pun boleh join, mana-mana blogger; tak kira baru, lama, otal atau tak. tu yang aku sibuk nak masuk tu.... tapi paling best bila dia tulis ayat ni....
kita praktikkan apa yang aku buat dulu-dulu, jika kena memang besttt!!!
apa perlu dibuat?

senang aje.... memilih 5 blog yang aku paling suka baca dan sebab-sebabnya....

1. ben tak cakap sama ada blog dia ada dalam 5 blog tu, so aku andaikan blog dia boleh ditulis. jadi, sememangnya, blog pertama aku cari bila celik biji mata aku ni ialah blog BEN ASHAARI. kenapa? entri dia pendek2 dan santai tapi sesekali sinis juga.. tu aku suka!

2. blog kedua mestilah blog....RESEPI RAHSIAKU sebab ini blog suamiku. bukan promote, okey! hehe... sebenarnya sebab banyak info agama kat sini.

3. blog ARDINI HUMAIRA. ni blog budak comel yang pandai berceloteh. tak jemu baca entri dia, tau!

4. blog ni blog info sebenarnya. pemiliknya cukup rajin kumpulkan semua link novel kat sini. dan aku sayang blog ni, mmm, muahh untuk tuan punya blog hehe, si zatie, yang sedang periksa SPM. good luck to her. kenapa sayang? sebab trafik ke blog aku fuhh...banyak dari....MEREKA PUNYA

5. aku suka masuk blog ni, blog.....GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR  sebab... dia orang kedah, huhu... bukan tu...dia suka berterus terang. rsanyalah... tapi entri dia sesekali, memang pedas gilerrr....

dari mana aku tahu tentang segmen ni? dari blog mat gebu yang aku suka masuk dan baca entri dia yang santai dan mudah faham dan tentu sekali yang melelehkan air liur tengok gambar segala jenis hidangan kat situ.

kepada anda yang membaca... dah join? masuklah!! tak rugi apa pun... meh cepat! dan, kpd yg aku tak tulis dan x puji, dan x masuk dalam entri ni, jangan majuk na, anda semua pun aku suka...

8 ulasan:

  1. hah.. suka blog dni? terharu.. :') sobs... dni banyak merapu.. temkyu cayam sudi baca cerita dni.. hugs!

    BalasPadam
  2. wah makaseh ye sebab suka baca blog GKSB..

    terharu cheq hehe

    =)

    BalasPadam
  3. @ardinihumaira

    x sangka, ya? hehe x pe..mmg selalu ke blog dni tanpa jejak

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.