apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.11.10

sambung kisah ibu ditetak

DI SINI...Norhafizah menunjukkan tempat ibunya ditetak.
Norhafizah menunjukkan tempat ibunya ditetak.

"Saya sempat mendengar isteri berkata....‘Chik jangan buat mak macam ni’ sebelum dia menjerit Allahuakbar,” kata peneroka, Halim Ismail, 58, menceritakan kejadian isterinya maut ditetak di kepala menggunakan kapak oleh anak lelaki mereka berusia 23 tahun dipercayai terpengaruh ilmu mistik di Felda Chini Timur 1, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa yang juga peniaga kedai runcit, Che Wa Isa, 57, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Chini selepas pendarahan teruk di kepala. Suspek yang juga anak ketiga daripada empat beradik ditahan anggota Rela di belakang rumah seorang penduduk kira-kira 100 meter dari tempat kejadian sebelum diserahkan kepada polis.

anda sambung baca disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.