apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.11.10

saman...saman aje!


ingat tak 2 kes yg sofi paparkan sebelum ini? satu, di melaka dan satu di pulau pinang. tahniah kpd Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

satu lagi kes terbaru dan berjaya menyebelahi pengguna berlaku di Sibu. kali ini, Air Asia diperintahkan  membayar RM206.90 dalam masa 14 hari dari tarikh penghakiman kepada seorang guru Mohd. Ikram Mohd. Rawi, kerana gagal melaksanakan tanggungjawab korporatnya kepada pengguna dalam memberikan perkhidmatan. Presiden Tribunal memerintahkan pembayaran itu berikutan tiket penerbangan yang ditempah melalui Internet dibatalkan oleh AirAsia. sekiranya Air Asia ingkar, mereka boleh dikenakan mengikut kesalahan jenayah tertakluk kepada denda sebanyak RM5,000 dan dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

AirAsia tidak diwakili pada hari penghakiman itu.

syabas, tribunal. harap2 menjadi pengajaran.
sumber : BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.