apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.11.10

saat indah ketika dilamar...


Ingat lagi pada pelombong2 Chile yg terperangkap selama 69 hari dalam tanah tu? mm, nak tahu? minggu lepas, MSNBC melaporkan 5 dpd 33 pelombong yg diselamatkan itu merancang utk melamar kekasih hati - keputusan yg mereka buat masa terperangkap hampir 3 bulan. ada sorang tu, poskan surat kpd isteri dia yg menyatakan bhw kl dia terselamat, dia nak buat majlis kahwin mereka semula, kali ini di gereja. dulu mereka kahwin secara sivil shj, maksudnya, masa terperangkap tu, mereka berfikir dan slps 25 thn, ingin menghalalkan hubungan huhu..dan, masih ingat lagi? sebaik shj sorang lelaki tu keluar, dia terus dptkan girlfriend dia selama 10 thn, terus aje dia duduk dan melamar, buat si gadis 'blushing' gitu.....
bukan sesuatu yg mengejutkan bila krisis boleh menjadikan hati yg keras bertukar lembut krn mungkin masa itulah baru terfikir ttg cinta, kekasih...semua yg berkaitan hati dan perasaan. soalannya, apakah lelaki hanya akan melamar kekasihnya jika dia dlm terpaksa? bg yg dah berkahwin, cuba ingat balik saat dan ketika sidia melamar anda. bila? di mana? bagaimana berlaku? boleh kita share?

4 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.