Follow Us @soratemplates

3.11.10

RM ku sayang....mmm


anda minat bola tak? aku? aku ni hantu bola. mmg minat giler dari kecik dulu.
ingat lagi, masa tu thn 72, umur aku 11 tahun. malaysia masa tu kali pertama layak ke olimpik (Tp x pergi pun rasanya.. boikot apa ntah, lupa dah hehe..) abah aku bawak aku tengok bola kat padang sekolah horley. ada jelajah malaysia, pemain2 yg hebat tu turun ke teluk intan. seronoknya x tahu nak cakap, maklum dpt tengok syed ahmad, shaharudin abdullah... lupa dah..sekali lg lupa!)

minat lg ke sekarang? tentu saja! paling aku suka... dia nilah (tengok gambar mengancam kat sebelah tu!) huhu...gatal gak eh?

kenal ke? perempuan pun kenal gak walau x minat bola, kan? cristiano ronaldo, siapa x kenal...kalau x kenal tu, aku x tau nak cakap apa..... 

nak sembang bola jap.

Ronaldo ketika ini berada pada tahap prestasi terbaik dan sudah menyumbat 10 gol daripada empat perlawanan terakhir, termasuk dua ketika menewaskan Hercules, Sabtu lalu.

prestasinya kian menyerlah bila si dia ni (tengok gambar bawah) ambil alih jadi pengurus real madrid.


malam karang, subuh esok sebenarnya, real madrid akan lawan dengan ac milan.

Kepulangan ke San Siro sama seperti pulang ke rumah,” kata Mourinho. “Agak memalukan Milan menentang Real Madrid dan bukan Inter....ia harus memberi peluang kepada kami mengucapkan terima kasih kepada setiap penonton di stadium selepas dua musim penuh bermakna bagi saya.”

Madrid mendahului Kumpulan G dengan sembilan mata - lebih lima daripada Milan. Madrid menewaskan Milan 2-0, dua minggu lalu dengan jaringan sumbangan Ronaldo dan Mesut Ozil.

go go RM. bukan Rosmah Mansur, okey! hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.