apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.11.10

remaja lari dr rumah...lagi

HILANG...Nooranalina (kanan) dan adiknya, Noorsyafinas.
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri kini tertekan apabila dua anak perempuan mereka dipercayai berpakat melarikan diri dari rumah sejak Khamis lalu.

Abdul Rahim Yacob, 52, berkata anaknya, Nooranalina, 18, hilang sehari selepas adiknya, Noorsyafinas, 15, meninggalkan rumah mereka di Jalan Air Keroh, Cheras, di sini, selepas keluar untuk membeli kad prabayar telefon di kedai berhampiran.

“Kira-kira jam 9 malam pada 4 November (Khamis) lalu, Norsyafinas enggan mengikut kami berniaga dan tinggal di rumah bersama kakak sulungnya, Noorasyikin, 20, di rumah. Namun, sejam selepas itu kami menerima panggilan Noorasyikin mengatakan adiknya tidak balik ke rumah selepas meminta izin keluar membeli kad prabayar,” katanya.

Panik dengan kejadian itu, beliau sekeluarga pulang ke rumah untuk mencarinya di kawasan sekitar, namun hampa kerana kelibatnya tidak kelihatan.

“Peliknya, sehari selepas Noorsyafinas hilang, Nooranalina pula buat hal sama. Dia hilang di tempat kami berniaga buah-buahan iaitu di Dataran Merdeka selepas pergi ke tandas. “Namun sebelum itu, abangnya ada ternampak empat motosikal mendekatinya, tetapi tidak sempat mencatat nombor pendaftaran kenderaan terbabit dan mereka lesap hingga hari ini,” katanya.

baca lagi di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.