Langkau ke kandungan utama

que nak quit...huhu

Gempaq tak? lelaki di sebelah yg berjaya bawa watak azmi dlm lagenda budak setan ni nak berhenti berlakon. itu kata dia! kenapa?

1. Que mempunyai perancangannya tersendiri untuk masa depan lebih baik, buat dirinya dan keluarga. Bukan menganggap lakonan tidak memberikan rezeki, tetapi dia melihat keutamaan diri sudah berubah sejak mendirikan rumah tangga dan kini mempunyai anak.

“Jika dulu, saya berlakon untuk kepuasan dan diri saya seorang, tetapi kini tidak lagi boleh berfikiran sedemikian. Saya sudah ada keluarga yang perlu diberikan perhatian. Saya harus bekerja lebih keras untuk memastikan keperluan mereka ditunaikan. Berlakon ada pasang surutnya. Sewaktu kita popular, mungkin tawaran berlakon tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana setelah kita kurang masyhur? Jadi, saya memerlukan pelan sokongan bagi menjamin masa depan lebih baik untuk diri dan keluarga,” katanya.


2. sedang merangka perniagaan yang tiada kena- mengena dengan dunia seni, bagaimanapun Que enggan mendedahkan dulu bentuk bidang yang diceburinya. Perniagaan yang pada awalnya ingin dilakukan itu juga menarik minat si isteri, Linda Jasmine, untuk terbabit sama. Ketika ini, Que turut menumpukan perhatian kepada pengurusan Studio Linda Jasmine, selain mengendalikan beberapa kelas lakonan yang diadakan di studio terbabit, serta beberapa lokasi lain.

“Jika dilihat kepada pelakon berjaya yang lain, mereka mempunyai sokongan. Contohnya Rosyam. Dia berlakon dan turut menerbitkan drama mahupun program televisyen. Farid (Farid Kamil) pula boleh mengarah dan menulis skrip, begitu juga Zul Huzaimi. Pierre Andre juga menulis skrip dan mengarah, selain bergelar pelakon. Saya pula hanya berlakon semata-mata. Saya pernah ditawarkan mengarahkan filem, tetapi saya tolak. Saya tidak mahu melakukan sesuatu perkara yang ‘cuba’ mengarah dan akhirnya menjadi sampah. Saya ialah seorang pelakon,” jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini. tapi......

‘persaraannya’ daripada lakonan bukanlah bersifat mutlak. Dia tidak menolak kemungkinan kembali beraksi di depan kamera sekiranya tiba-tiba ditawarkan watak yang benar-benar menarik, serta datang kepadanya pada waktu yang sesuai.

"Jika masih ada produser yang sudi memanggil saya berlakon, dan tawarkan pula watak yang betul-betul menarik minat saya, sudah tentu saya akan melakukan pertimbangan sewajarnya. Saya tidak berkata yang saya akan berhenti berlakon untuk selama-lamanya. Saya tidak terkilan dengan keputusan yang dibuat, cuma suatu hari nanti mungkin saya akan rindu untuk berlakon semula. Semua orang tahu, sejak kecil saya berangan ingin menjadi seorang pelakon. Kini saya berjaya menunaikan impian itu. Cuma saya sedar, berlakon di Malaysia bukanlah seperti berlakon di Hollywood. Kita tidak dapat menjadi kaya dengan hanya berlakon, di sini,” katanya.
Kata Que, industri perfileman negara sedikit pun tidak akan terjejas dengan ketiadaannya kerana masih ramai pelakon berbakat, sama ada baru ataupun lama, yang mampu melaksanakan tugas mereka.

Profil
Nama sebenar Que Haidar ialah Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar.
Dilahirkan pada 30 Mei 1979 di Felda Taib Andak, Kulai, Johor.
Menceburi bidang lakonan sekitar 2005. Filem pertama yang dib
intanginya ialah KL Menjerit 1 arahan Bade Azmi. Que juga pelakon untuk filem Rock, Zombie Kampung
Pisang, Castello, Maut, Syaitan, Haru Biru, Duhai Si Pari Pari dan Papadom.
Sepanjang pembabitannya, Que pernah memenangi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki pada Festival Filem ke 19.

Bekas pelajar Akademi Seni Warisan dan Budaya (ASWARA) ini juga pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak dua kali iaitu pada 2008 dan 2009.

sumber : kosmo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…