apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.11.10

PM masuk hospital KL

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur di sini malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.
"Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya beransur baik,” kata Dr Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa hari lagi. – Bernama
semoga cepat sembuh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.