apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.11.10

perodua terlaris




cukuplah empat tu, kan....

kereta2 perodua terutama myvi...mmg cantik. baca kosmo tulis apa...

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengekalkan status selaku pengeluar kereta terlaris di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut dengan angka jualan meningkat 15 peratus kepada 157,200 unit dari Januari hingga Oktober lalu.

Prestasi jualan itu memberikan Perodua penguasaan 31.1 peratus daripada pasaran kenderaan di negara ini yang dianggarkan kesemuanya berjumlah 570,000 buah setahun. Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rasyid Salleh (gambar kecil) berkata, syarikat itu kini berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran jualan tahun ini sebanyak 185,000 unit.

“Kejayaan Perodua banyak disumbangkan oleh produk yang menepati cita rasa pengguna seperti faktor reka bentuk, harga, penjimatan bahan api serta nilai jualan semula yang tinggi. Buat masa sekarang, Myvi terus menjadi model paling laris dengan jualan antara 6,500 hingga 7,000 unit sebulan, diikuti Viva dan Alza,” kata Aminar ketika dihubungi Kosmo! semalam ketika melancarkan varian terbaru Viva yang ditambah baik, Viva Edisi Eksekutif.

thanx kosmo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.