Langkau ke kandungan utama

pengorbanan seorang suami


Kisah benar di Indonesia, cukup memberi kesan pada jiwa. sofi ambil di....... uwaisonline

Pak Suyatno, 58 tahun mengisi masa sehari suntuk untuk bersama isterinya yang sakit, yang dikahwini lebih 32 tahun tahulu. Mereka dikurniakan 4 orang anak. dugaan Tuhan diterima setelah isterinya melahirkan anak ke empat bila tiba2 kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. tiga tahun lepas tu, keadaan semakin parah kerana tubuh isteri menjadi semakin lemah bahkan terasa tidak bertulang dan lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian. Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum.

tempat kerja yg dekat membolehkan pak suyatno pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan tengah hari. Petangnya, dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian. Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.


Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat2 buah hati mereka. 

sekarang anak-anak mereka sudah dewasa, tinggal si bongsu yang masih belajar di universiti.

Pada suatu hari, anak2nya pak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing. pak suyatno menyambut mereka dengan riang dan bahagia kerana semua sudah berjaya dan baik2 pula. dia? pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya.... 

rupa2nya, ada sesuatu yg ingin anak2 katakan...

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : “Pak, kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ……… “Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bilakah bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini? kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

“Anak-anakku, jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu, mungkin bapak akan berkahwin lagi. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku, itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”

Sejenak kerongkongnya tersekat…...

"Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini? Kalian menginginkan bapak bahagia, apakah hati bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain, bagaimana dengan ibumu yg masih sakit?"

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak suyatno. merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…

Sampailah akhirnya pak suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas Subuh. 

Juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno… "Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?"

Ketika itu pak suyatno pun menangis…. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…Disitulah pak suyatno bercerita…

"Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya. sewaktu dia sihat, dia dengan sabar merawat saya, mencintai saya dengan sepenuh hati, zahir dan batinnya, bukan dengan mata kepala semata-mata. dan, dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik....…

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah, dan itu merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya, apalagi dia sakit! setiap malam, saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya. Dan, saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… 
.........
aduhai...kalau cinta kepada Allah melebihi segala....bertuahlah kita disayangi suami seperti pak suyatno, kan? 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…