Langkau ke kandungan utama

pengorbanan seorang ibu

bacalah kisah menyayat hati ini.....

Betapa menderita ketika akan melahirkan. Ayah dari anak yang dikandung pergi setelah menghamilinya tanpa mahu bertanggung jawab atas perbuatannya. keluarganya menuntut agar dia menggugurkan sahaja bayi yang belum dilahirkan itu kerana mereka malu mempunyai seorang anak gadis yang hamil sebelum menikah, tetapi dia tetap mempertahankannya. dia lalu diusir keluar daripada rumah orang tuanya.

dia gadis pekeja kilang. walau malu, dia terpaksa terus bekerja. saat akan melahirkan, tidak ada seorang pun yang mendampinginya. tiada senyuman untuknya, hanya cemuhan. bila anaknya, seorang bayi perempuan lahir, tidak ada ucap selamat yang diberi maklumlah itu ialah anak haram, anak tanpa bapa, anak tak sah taraf.

Pun begitu, dia merasa amat bahagia. mulai saat itu, dia berjanji akan mencurahkan seluruh kasih sayang yang dia miliki hanya untuk puterinya nan seorang, oleh sebab itulah puterinya diberi nama, kasih. 

dia bertungkus lumus bekerja. Siang di kilang, di waktu malam hari, dia menjahit. tidur melebihi 4 jam sehari adalah suatu kemewahan yang tidak pernah dikecapi bahkan pada hujung minggupun dia masih bekerja menjadi pelayan restoran. 


semua itu dilakukan dia bisa membiayai kehidupan dan juga membiayai persekolahn piteri kesayangnya. dia tidak mahu berkahwin kerana dia masih tetap mengharapkan agar satu masa bekas kekasih yang juga bapa puterinya akan datang balik kepadanya. lagipun, dia tidak mahu memberikan ayah tiri kepada putrinya.

Sejak melahirkan dia menjadi seorang vegetarian. dia tidak mahu membeli daging, itu terlalu mahal baginya, wang untuk daging yang disimpan untuk puterinya. Untuk dirinya sendiri dia tidak pernah mahu membeli pakaian baru, ia selalu menerima dan memakai pakaian bekas pemberian orang, tetapi untuk puterinya yang
tercinta, hanya yang terbaik dan terbagus ia berikan, mulai dari pakaian sampai kepada pemakanan.

Pada suatu hari, dia demam panas. kasih sedang merajuk kerana dia tidak memberikan hadiah yang telah dijanjikan. dia telah berjanji untuk memberikan basikal tetapi ternyata wang masih belum cukup terkumpul. dia tidak ingin mengecewakan puterinya. sebab itu, walau kesejukan, walau kedinginan, walau sakit, walau lemah, dia tetap memaksa  diri untuk keluar rumah dan bekerja. 

dia berjuang untuk kejayaan anaknya. Ya, dia berjaya. hasil pengorbanan dan kerja kerasnya, anak kesayangan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan jatuh cinta pula dengan anak seorang hartawan. 

malangnya si anak tidak pernah mahu mengaku bahawa dia masih mempunyai orang tua. dia malu untuk berterus terang tentang asal usulnya. Jadi, kepada kekasih dia mengatakan bahawa kedua orang tuanya sudah meninggal dunia.

Pada saat si anak akan menikah, ibunya hanya mengintai dari jauh sebagai memenuhi perintah anak itu tadi. puterinya tidak mahu dia mendekat, bahkan kehadirannya tidaklah diinginkan. Tetap dia berdoa agar Tuhan selalu melindungi dan memberkati kasih. 

Sejak saat itu selama bertahun-tahun dia tidak mendengar khabar dari kasih kerana dia dilarang dan tidak boleh menghubungi. pada suatu hari dia mendapat berita bahawa kasih telah melahirkan seorang anak lelaki. dia terlalu bahagia. dia sudah punya cucu. dia teringin hendak menimang cucunya itu. dia kemudian memohon bekerja menjadi pengasuh di rumah mewah milik anaknya, hanya kerana rindu dan keinginan untuk bersama kasih dan cucunya.  

dia berjaya. tinggallah dia di dalam rumah itu. dia boleh menggendong cucunya, tetapi bukan sebagai opah, hanya pengasuh. tetap dia mensyukuri nikmat yang Allah limpahkan. 

malangnya, dia tidak istimewa di mata keluarga itu. dia bukan sesiapa kerana itu dia akan diherdik, dimarah, ditengking sesuka hati. sikap anaknya terhadap kucing parsi yang dibela, jauh lebih baik berbanding sikap kasih terhadap si ibu. apa yg mampu dia lakukan? menangis sahajalah! di mana? dalam bilik kecil berhampiran dapur. pun, tiada kemarahan utk di anak...tiada!!!

Setelah bekerja bertahun-tahun sebagai orang gaji, tanpa ada orang yang mengetahui siapa dirinya di rumah tersebut, akhirnya dia menderita sakit dan tidak bisa bekerja lagi. Menantunya memasukkan dia ke rumah orang-orang tua untuk menghabiskan sisa usia tua. terpisahlah dia dengan kasih dan cucunya. 

di situ di tinggal dalam kesedihan, dalam rindu. wang kebajikan yang diterima disimpan untuk puterinya. iyalah, dia tidak memerlukan wang itu, kan?

satu hari, dia dapat merasakan kesakitan dan kali ini dia tahu bahawa ajalnya sudah menghampiri. untuk kali terakhir, dia hendak berjumpa kasih. dia rindu! lagipun, dia hendak menyerahkan semua duit yang dlam simpanannya kepada kasih. 

hujan turun dengan lebat, kilat sabung menyabung, petir berdentuman. dia kedinginn. kesejukan.sehingga menggigil seluruh badan. tidak dipedulikan. 

di muka pintu, si anak tanpa rasa simpati memarahinya lagi. 

"Kamu sudah bekerja di rumah kami puluhan tahun sebagai pembantu, apakah kamu tidak tahu bahawa
untuk pembantu ada pintu khusus di belakang?"

ibu menjawab dalam suara terketar-ketar, "Nak, ibu datang kejap aje. ibu nak berikan hadiah untukmu. ibu cuma nak tengok muka kamu untuk kali terakhir. boleh tak ibu msuk ke dalam, nak? ibu sejukkk..."

"Maaf, tak boleh. kejap lagi ada tamu nak datang. orang besar! pergi balik ke rumah orang-orang tua tu! dan ingat, lain kali kalau nak ke sini, telefon dulu. jangan main redah aje!"

Setelah itu pintu ditutup dengan keras. Ia mengusir ibu kandungnya sendiri, seperti juga mengusir seorang pengemis. Tidak ada rasa kasih, jangankan kasih, belas kasihanpun tidak ada. 

Setelah beberapa ketika kemudian loceng rumah kedengaran lagi. 

si anak membuka pintu. seorang budak muda termengah-mengah di hadapannya....

"Maaf, puan. boleh saya gunakan telefon rumah puan sekejap? telefon bimbit saya kehabisan bateri. saya perlu menelefon ke hospital. di hentian bas sana ada seorang nenek sudah meninggal dunia! kedinginan agaknya?"

Wanita tua ini mati bukan hanya kedinginan jasmaninya saja, tetapi juga perasaannya. Ia sangat mendambakan sekali kehangatan dari kasih sayang puterinya yang tercinta yang tidak pernah ia dapatkan selama hidupnya. 

Seorang ibu melahirkan dan membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang tanpa mengharapkan balasan apapun juga. 

Seorang ibu bisa dan mampu memberikan waktunya 24 jam sehari untuk anak-anaknya, tidak ada perkataan siang maupun malam, tidak ada perkataan lelah ataupun tidak mungkin dalam 365 hari setahun. 

Seorang ibu mendoakan dan mengingat anaknya tiap hari bahkan tiap minit dan sepanjang masa bukan hanya setahun sekali, pada hari-hari tertentu. 

kawan2, berikanlah kasih sayang selama ibu kita masih hidup. jangan jadi seperti kasih yang kini merempat di rumah orang-orang tua bila anak-anaknya sendiri membuangnya sebagaimana dia membuang ibunya dahulu. 

sesal? sudah terlambat! tidak berguna lagi!

sumber:......dukungendut

Ulasan

  1. sedihnyer.. sampai hati betul bdk tuh wt kt mak dia cmtuh. tak kng budi lngsung! huhuhu

    BalasPadam
  2. @Cik_Shiqah
    anak derhaka...sudah dpt pengajaran setimpal

    BalasPadam
  3. Ya ALLAH.. lindungilah aku daripada perbuatan tersebut...

    BalasPadam
  4. @Anonymous
    sama2lah kita berdoa untuk ibu kita

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…