apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.11.10

pengakuan bush



Hellooo... aku bukan peminat en bush ni, ya. tidak sama sekali. aku masukkan kisah yg aku ambil dr harian metro ini utk tunjukkan pd korang bgmana dia berhenti minum arak. baca.....

George W. Bush mengakui dia sedang mabuk semasa bertanya kepada seorang wanita mengenai kehidupan seksnya, lapor sebuah akhbar semalam. Bush mendedahkan dia membuat pertanyaan itu di depan isteri dan ibu serta bapanya. Menurut Bush, dia yang berhenti meminum minuman keras pada 1986 berkata, soalan itu ditujukan kepada seorang rakan wanita ibu bapanya semasa satu majlis makan malam.

Sikap Bush itu menyebabkan suasana majlis itu senyap seketika.

Beliau membuat pendedahan itu semasa ditemu ramah dalam program televisyen, The Today Show.

"Saya mabuk di meja makan malam di rumah ibu dan bapa di Maine," katanya kepada hos program itu, Matt Lauer.

Dia muncul dalam program itu selepas bersara sebagai Presiden pada 2009 setelah berkhidmat selama dua penggal.

"Adik lelaki dan perempuan saya berada di sana, isteri saya, Laura turut berada di sana. Saya duduk di sebelah seorang wanita yang cantik, rakan ibu dan bapa saya. Dan saya menyatakan kepadanya (rakan wanita ibu dan bapanya) dengan kuat, apakah kehidupan seks selepas berumur 50 tahun?" kata Bush.

Wanita itu yang namanya tidak didedahkan menganggapnya ia sebagai gurauan, katanya.

Rakaman temu ramah akan disiarkan hari ini. Menurut Bush, minatnya terhadap minuman keras tidak berlaku semasa dia menjadi Presiden AS.

"Tetapi, semasa saya ke White House, saya tidak pernah minum minuman keras bagi tempoh yang lama. Saya tidak pernah minum minuman alkohol sejak itu. Apabila saya pergi ke gereja, jika terdapat wain dalam perhimpunan masyarakat, saya tidak akan menyentuh wain," katanya.

Menurut Bush, dia tidak lagi minum minuman keras demi keluarganya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.