Follow Us @soratemplates

21.11.10

penapis....

ada sesuatu mengusik otak di pagi ahad ini. tentang keghairahan pembikin filem tempatan mengenengahkan adegan-adegan 'panas'  (istilah kegemaran orang filem..) pendek kata, mereka, bermula dengan producer, turun kepada pengarah, turun kepada pelakon.... begitu berbangga bila mereka mencipta adegan-adegan tersebut dan pihak lembaga penapis filem malaysia membenarkan adegan itu dipertontonkan kepada umum. wahhh.... bangga! gembira! dan...mereka berjaya!

bila membaca komentar siti jarum dalam utusan malaysia hari ini, aku tersenyum lebar. nampaknya bukan aku sorang yang sakit hati dengan orang-orang filem ini... dia pun jugak sama. alhamdulillah.

di bawah ini, ada beberapa ayat penting yang aku ambil daripada artikel tulisannya. 
“Seniman” mestilah mempunyai moral. Moral dalam konteks orang Melayu digariskan oleh batas budaya dan agama.
Ironiknya pengarah-pengarah Melayu yang paling banyak memaparkan adegan seks dan bercium dalam filem. Siti pasti dia orang ini tidak mabuk semasa mengarah filem. Tapi kenapa moral mereka begitu rendah?
Ada pengarah Melayu kata, tak ada adegan seks melampau orang tak nak tengok filem mereka. Bagi Siti, ini adalah pengarah tunggul kayu, tak ada otak, tak bermoral dan sepatutnya dihanyutkan ke laut saja. Mereka tidak berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Dalam etika moral, tidak ada matlamat yang menghalalkan cara. Kononnya paparkan adegan seks untuk memberi pengajaran. Ini pengajaran tahi minyak. Kalau kita hendak pokok yang subur, kenalah dibubuh baja, bukannya racun. Racun sampai bila pun tak akan menjadi baja.
Pengarah-pengarah Melayu / Islam patut malu apabila LPFM menegur paparan melampau tentang filem mereka. Sepatutnya mereka menghentak-hentakkan kepala mereka yang tak berotak itu ke batu, tanda malu dan insaf.
Siti macam nak muntah apabila ada produser atau pengarah Melayu / Islam yang dengan bangga memberitahu LPFM tak potong sikit pun filem mereka yang ada adegan seks. Tanpa rasa malu sikit pun si produser dan pengarah bebal ini begini ditatang dalam industri filem kita. Angkat mereka, tak cukup lagi, longgokan banyak anugerah kepada mereka. Apa moralnya pihak yang memberikan segala macam pengiktirafan kepada si pembuat racun kepada anak cucu kita? Semua ini membuktikan ada sesetengah pengarah Melayu / Islam tak ada otak dan tak bermoral. Tapi tak ada siapa menegur mereka. Mereka pun besar kepala macam belon dan melayang tinggi di awan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.