apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.11.10

padah



pada 13 November lalu, polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai anggota "Geng Minyak" di Jalan Kerjaya, Glenmarie, Shah Alam. mereka ditembak selepas selesai merompak sebuah stesen minyak di Jalan U1/1.

dua hari lalu, ahli keluarga dua suspek membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya yang antara lain menuntut supaya kerajaan dan Polis Diraja Malaysia membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa. Dalam laporan itu, mereka meragui tindakan polis menembak mati remaja terbabit kerana mahu mempertahankan diri dan meminta kes itu disiasat.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegam berkata, polis akan mengambil keterangan ahli keluarga suspek. jadi, adalah prosedur biasa untuk merakam mana-mana laporan polis yang dibuat.

"Mereka berhak membuat laporan polis dan kita akan mengambil tindakan menggunakan prosedur. Kertas siasatan akan dibuka dan selepas itu kita akan merakam percakapan mereka," kata Thaiveegam lagi sambil memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan.

sumber: hmetro

2 ulasan:

  1. jgn x elok tembk catz,kasihan beliau..beliau pn nk hidup gk..gmbr skadar hiasan by akmar anilas

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.