apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.11.10

padah...

Seorang lelaki warga Indonesia mati ditikam enam lelaki dalam satu pergaduhan dan polis menahan isterinya yang berumur 24 tahun, dipercayai turut terbabit dengan kejadian bagi membantu siasatan, 
ke enam enam suspek melarikan diri.

polis percaya kejadian berpunca daripada pertengkaran apabila lelaki itu dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri kepada salah seorang daripada enam lelaki berkenaan.

Dia ditikam di rumahnya di tingkat lima, kemudian dia cuba melarikan diri ke tingkat dua dan mati di situ akibat ditikam berkali-kali dengan senjata tajam seperti pisau dan parang.

mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. polis sedang berusaha memburu enam suspek yang dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang.-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.