Follow Us @soratemplates

26.11.10

nusyuz


seorang bekas pemain bola sepak Kedah memfailkan permohonan nusyuz (derhaka) terhadap isterinya, seorang bekas pelakon di Mahkamah Rendah Syariah semalam. plaintif memfailkan permohonan tersebut melalui peguam syarienya dan menamakan bekas pelakon itu sebagai defendan.

Permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 59(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303) itu memohon supaya si isteri kembali taat terhadap suaminya dan jika enggan, wanita itu boleh disabitkan atas dakwaan nusyuz.

apakah nusyuz? anda yang sudah bergelar isteri, faham tak maksud perkataan itu? apakah isteri sahaja yang nusyuz? bagaimana dengan suami pula?

antara sebab berlakunya nusyuz:
bagi isteri:-
  • Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.
  • Enggan tinggal serumah dengan suami.
  • Keluar rumah tanpa keizinan suami.
  • Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.
  • Menjauhkan diri daripada suami.
  • Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.
  • Tidak memelihara kehormatan.
  • Tidak menjaga amanah suami.
  • Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.
bagi suami:-
  • Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.
  • Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.
  • Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak.
  • Tidak memberikan nafkah kepada anak.
  • Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.
  • Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.
  • Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.
  • Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam.
  • Tidak memelihara kehormatan isteri.
  • Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.
  • Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.
baca lagi di sini

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.