apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.11.10

nak pilih yang mana satu?







nak pilih suami tak... hello, artikel ni aku tujukan khas untuk anda yang belum kahwin. mungkin anda nak pilih suami yang lahir dalam bulan muharram ke? safar ke? hehe... x delah. ni, juz untuk seronok2. nak pilih suami, ikut aje apa yang dipesan oleh allah dan rasul kita, nabi muhammad saw. mat2 encem kat atas tu.. buat cuci mata hehe....

tabiat lelaki mengikut bulan kelahiran
1. Muharram 
seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar dan cerdas yang ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

2. Safar 
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak, kehidupannya menjadi susah. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

3. RabiulAwal 
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

4. RabiulAkhir 
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

5. JamadilAwal 
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukkan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga.

6.JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya. bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

7.Rejab 
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

8.Syaaban 
Perwatakannya baik, hidup selamat, rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rrezeki .

9.Ramadhan. 
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya lalu selamat.

10.Syawal. 
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki .

11. Zulkaedah 
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

sampai situ aje. untuk bulan zulhijjah? entah. sumber tu tak bagi pulak. huhu. 

thanx: resepirahsiaku

2 ulasan:

  1. anak itu pemberian Allah, bagaimana nak elakkan diri dari melahirkan insan pada bulan2 yang perwatakannya tidak baik. Kena cek semula kenyataan yg telah dicatat, kalau org kira balik waktu kelahiran anaknya dan takut dapat anak sebegitu, tak ke haru jadinya? Anyway percaya pada ramalan pun tidak baik,kan? Belum tentu anak kita begitu.

    BalasPadam
  2. @niah
    jodoh ciptaan tuhan, bukan kita menetukan. biarkan aje... perangai boleh diubah, kan?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.