Langkau ke kandungan utama

miskin hina dina?

Ketika rakan seusianya menikmati zaman kanak-kanak, tiga beradik termasuk salah seorang penghidap penyakit Sindrom Down tersisih daripada masyarakat.
Tidak seperti orang lain, Azura Jasni, 14, Muhammad Shah, 12, dan Muhammad Yusri, 9, yang tubuhnya seperti kanak-kanak empat tahun itu juga ketinggalan dalam persekolahan akibat dihimpit kesusahan.
Derita keluarga malang itu makin berganda apabila mereka dipulau sesetengah masyarakat termasuk sanak-saudara sendiri.
Semuanya bermula selepas bapa mereka, Jasni Susah, 43, hilang mata pencarian sebagai operator kilang apabila kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kencing manis kira-kira dua tahun lalu. Sejak itu, Jasni memberitahu, kehidupan dia dan isterinya, Zurina Ali, 35, dan keluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan bergantung kepada ihsan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

sofi berharap agar ada yg sudi membantu mereka. pusat zakat buat apa, ya? pergilah jenguk2 keluarga ini dan cari keluarga miskin yg lain. takkan nak tunggu keluar dlm paper yg lain pulak kut?

Ulasan

  1. Rakyat di dahulukan... Dlm Budget 2010 dan Economic Transformation Programme (ETP) yg lalu..Pusat Zakat, BaitulMal dan Majlis Agama Negeri2 patut naikkan elaun bantuan bukan lagi RM300 tapi RM1000. Tengoklah keluarga tu. Lu pikirlah sendiri. Semoga Allah swt membuka laluan permudahkan rezeki mereka. Amin. Maafkan hamba. Permisi. Takdak no. akaun depa ka?

    BalasPadam
  2. mmm... pusat zakat untung juta2 kerajaan cakap org miskin dah tak ada kat malaysia...
    so depa ni smue butalah kut..hehe..
    no akaun sape tu, mamawaana?
    keluarga kat atas tu?
    tarak?
    depa punya sendiri adalah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…