apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

27.11.10

minumlah kopi, kawan-kawan!

 
minuman kegemaranku ialah kopi. pagi, lepas makan tengahari, petang dan malam. hmm, 4 kali sehari. kopi kegemaran jenama apa? entah...sebenarnya, tak kira apa jenamanya pun! janji, cara membancuh itu  yang kena betul! hehe....

kenapa tiba-tiba bercerita tentang kopi pula ni? ha, jangan tak tahu! Ada sesuatu yang menarik tentang kopi. ni, kajian terbaru dibuat di sepanyol. baca......untuk mengetahui apa keistimewaan meminum kopi. baca, jangan tak baca, tau! dan, aku nak ingatkan anda semua, kita di sini menyentuh tentang kopi, bukan....nescafe! harap maklum!


BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak, lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak. Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.

Jurnal Human Psychopharmacology: Clinical and Experimental menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.

Menurut kajian itu, kopi manis merupakan cara terbaik untuk menyediakan otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. - Agensi  

2 ulasan:

  1. ye ke??? bukan kafein x bagos tuk kesihatan ke>??huhuhu

    BalasPadam
  2. siti, sebenarnya kan, kajian2 terbaru tentang kafein dah byk menunjukkan bhw kafein ni ada kebaikan-kebaikan walau untuk ibu mengandung sekalipun. nnt kak sofi cuba mskkan post2 yg berkaitan okey!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.