apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.11.10

metro kata...2 gadis setan

gambar hanya hiasan. thanx lulu-pages.blogspot.com


Di SERDANG: Dua gadis yang berusia awal 20-an dikesan menjadi dalang kes pecah rumah siang hari dengan menjadikan beberapa rumah flat kos rendah di kawasan yang disewa mereka di daerah ini sebagai sasaran utama. Malah, kedua-dua gadis terbabit yang juga penagih dadah tegar bekerjasama dengan teman lelaki masing-masing untuk menjalankan jenayah itu bagi menampung kos membeli dadah.

Sumber polis berkata, kumpulan empat geng pecah rumah itu diberkas selepas memecah masuk sebuah rumah di flat PKNS, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

“Sebaik masuk dengan mengumpul pintu, mereka menyelongkar rumah berkenaan sebelum melarikan barang berharga antaranya telefon bimbit dan wang tunai. Malah, suspek turut melarikan perkakas rumah termasuk tong gas. Semua barangan berkenaan disimpan di rumah sewa mereka yang terletak berhampiran,” katanya.

baca lagi di hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.