Langkau ke kandungan utama

mesti tonton tau!!


satu ketika, dua hari lepas, aku termenonton berita di tv1 dan kemudian melihat seorang pengacara bernama addy... menimbulkan tentang natrah. anda tahu siapa natrah? ikuti sejarah ringkas hidupnya di bawah. 

Maria Hertogh, gadis Belanda yang diserahkan ibunya, Adeline kepada ibu angkat, Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan ayahnya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh kemudian diberi nama Natrah dan menganut Islam. Apabila Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom Amerika Syarikat, lelaki itu balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya. Natrah ditemui Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh. Seterusnya berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa kandung Natrah. Che Aminah diwakili peguam bela Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya itu. Bimbang Natrah diambil keluarganya, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi, M.A. Majid di Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi pula 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, anak berusia 16 tahun ke bawah, bapanya masih berhak menentukan kehidupannya. Konflik agama dan isu penjagaan akhirnya tercetus dan menjadi rusuhan di Singapura.

erma fatima akan membuat pementasan kali kedua di panggung negara selama 20 hari. walau dikritik hebat semasa mengarahkan teater tersebut pada kali pertama dulu, dia masih terus berkarya. dibarisi bintang-bintang hebat seperti umie aida, susan lancaster, maya karin, remy ishak, aaron aziz, aku rasa ia adalah satu teater wajib tonton untuk anda. 


orang-orang KL...pergilah tengok! tiket pun okey nilainya daripada RM30 ke RM150. 

jangan kritik dulu. 

jangan hentam tak tentu pasal. 

pergi tengok, kemudian buat review. 

aku? 

alah...... aku jauh! kalau tidak, memang teringin jugak nak tengok remy ishak menari! ehh hmm.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…