apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.11.10

menyalahi fatwa?

entri kali ini menyentuh soal akidah umat islam. jadi, aku hanya mampu ucap terima kasih kpd harian metro. anda bacalah apa yg terjadi di N9 ini...

KUALA PILAH: Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan lima orang yang disyaki terbabit dengan kesalahan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Penyelaras operasi JHEAINS Mohd Zol Sidek berkata, kesalahan itu adalah mengeluarkan kenyataan yang berlawanan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.


Mereka yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita yang berusia 60-an itu ditahan dalam satu operasi membabitkan 60 anggota JHEAINS, polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan di markas jemaah itu di Kampung Parit dekat sini pada jam 1 tengah hari ini. Penyelaras operasi Mohd Zol Sidek berkata, mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah untuk siasatan lanjut.



"Mereka ditahan kerana didapati mengeluarkan satu kenyataan yang berlawanan dengan hukum syarak. Berhampiran tempat ini disediakan sebuah masjid untuk tujuan solat Jumaat bagi kariah Kampung Parit, tapi mereka mendakwa tidak melaksanakan solat Jumaat di masjid yang disediakan itu kerana mengikut fahaman mereka, masjid itu menjalankan perkara bidaah. Di sini menjadi satu kesalahan atas kenyataan mereka kerana mengikut hukum syarak sendiri menyatakan sesuatu solat Jumaat yang hendak dilaksanakan perlu dilaksanakan di tempat yang ditentukan oleh pemerintah. Mengikut maklumat yang kita terima, amalan yang dilakukan di tempat ini ialah satu amalan mengikut fahaman mereka sendiri, yang mana mereka menyatakan boleh mendirikan solat Jumaat di mana-mana tempat sahaja. Sedangkan di Negeri Sembilan ini kita mengikut segala sumber hukum mengikut kepada mazhab Shafie dan didapati apa kenyataan dan amalan yang mereka lakukan di sini didapati bercanggah dengan fahaman mahzab Shafie itu sendiri," katanya.


Katanya, dua wanita itu dibebaskan selepas disoal siasat, manakala tiga lelaki itu ditahan mengikut kesalahan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak.

"Ketiga-tiga mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan jika disabitkan bersalah mereka boleh dihukum denda RM5,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali. Seorang daripada mereka turut melakukan kesalahan iaitu mengeluarkan kenyataan yang berlawanan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Dia disiasat di bawah Sekyen 51 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan jika disabitkan bersalah mereka boleh didenda tidak lebih RM1,000 dan penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.
-- Bernama

semoga kita sentiasa dilindungi Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.