apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.11.10

menuntut keadilan?

GEORGE TOWN - Seorang lelaki kesal kerana seorang penunggang motosikal yang didakwa menyebabkan kematian isterinya dalam satu kemalangan dua tahun lalu hanya didenda RM300. 
Sabaruddin Basiri, 39, berkata, dia hanya ingin menuntut keadilan selepas isterinya, Zaleha Ahmad maut akibat kecuaian remaja bawah umur yang tidak memiliki lesen memandu tersebut. Ujarnya, pihak polis yang menyiasat kes itu pernah memaklumkannya bahawa siasatan sudah selesai namun Timbalan Pendakwa Raya memutuskan remaja tersebut tidak didakwa di mahkamah. 
"Saya bukan mahu mempertikaikan undang-undang. Saya cuma mahu pembelaan ke atas kematian isteri saya. Sepatutnya remaja itu dikenakan tindakan sewajarnya bukan hanya saman RM300," katanya di sini semalam.
sofi: tertanya2. mengapa selepas 2 tahun baru hendak membongkar semula kisah ini? rasa pelik pulak..
sumber: kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.