menopause dan mati pucuk...


bila sampai usia 40 thn aje, perempuan dah mula susah hati. mula stress. mula risau. asyik tgk cermin cari kedut2 di muka. kalau yg bekerja asyik bersembang ttg menopause dan tanya ini itu kpd kwn2 yg lebih berusia. agaknya disebabkan ketakutan inilah ramai yg berbotox. cucuk muka, cucuk urat spy kedut tu x nampak. tp kl dah itu proses kehidupan....

dlm kandungan ----> bayi -----> kanak2 ------> remaja -----> dewasa -----> usia emas -----> mati

buatlah apapun, tua tetap tua. menopause ttp dirasai juga.
itu perempuan. ini ttg lelaki pulak.


mati pucuk atau erektil disfungsi (ED), jarang dibincang secara terbuka kerana dianggap mencalarkan keegoan dan kelakian lelaki. ramai lelaki tidak sedar bahawa ED dan semua masalah berkaitan seksual bukan masalah dia aje malah tempiasnya turut dirasai isteri, hubungan suami isteri boleh menjadi renggang, sekali gus menjejaskan keharmonian rumah tangga. ada juga suami boleh berkongsi masalah mereka dengan isteri tetapi menjadi sensitif apabila diminta menjalani rawatan.
Di Malaysia, dianggarkan 3 daripada setiap 10 lelaki di bandar berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah ED. Jumlah ini bertambah dengan peningkatan umur di mana ED didapati berlaku pada 1 daripada 5 lelaki berumur antara 50 hingga 59 tahun; 2 daripada 5 lelaki (60 hingga 69 tahun) dan 3 daripada 5 lelaki bagi kumpulan berumur 70 tahun ke atas.

ED bukan sekadar masalah psikologi krn ia mengambil 20% dpd masalah keseluruhan bg lelaki walaupun banyak benar faktor dlm kategori ini seperti tekanan, keresahan, rasa bersalah atau kekurangan terhadap seks, keletihan, masalah hubungan, perasaan terhadap pasangan dan kemurungan.
ED juga tidak akan hilang sendiri selagi punca masalah tidak diatasi atau dirawat, terutama jika ia disebabkan gangguan kesihatan (penyakit).

Memang benar ED tidak terus menyebabkan kematian tetapi ia menjejaskan kualiti hidup lelaki (berasa rendah diri, malu, tertekan dan murung) yang perlahan-lahan boleh membunuhnya. ED juga akan menjejaskan keyakinan seseorang lelaki dan mempengaruhi hubungannya dengan isteri jika tidak dirawat.

Si isteri pula akan berasa bersalah, tertekan, tidak disayangi dan boleh berprasangka suaminya sudah berubah hati.

Lelaki Melayu suka pergi berurut untuk mengembalikan ‘kemampuan’ mereka tetapi anda perlu sedar, urut tidak akan menyelesaikan masalah berkaitan ED kerana banyak faktor menyumbang kepada perkara ini, termasuk tahap kesihatan. Baik tua atau muda, lelaki perlu mendapatkan rawatan segera apabila menyedari mereka menghadapi masalah berkaitan seksual, khususnya ED, kerana ia juga menjadi petanda penting kepada penyakit jantung. Gejala ED boleh muncul dua atau tiga tahun sebelum seseorang lelaki mengalami gejala penyakit jantung.

Sebenarnya menebalkan sikap malu untuk membincangkan masalah ED dengan isteri bukan tindakan bijak. Kajian menunjukkan isteri akan memberi sokongan kepada suami untuk mendapatkan rawatan demi kesejahteraan rumah tangga mereka. Tidak sedikit rumah tangga yang kucar-kacir dan runtuh akibat masalah seks. Ia menjadi punca kedua selepas faktor kewangan yang menyebabkan berakhirnya ikatan perkahwinan kerana hubungan seksual bukan sekadar hubungan badan tetapi menjadi pengikat kasih sayang suami isteri.

Seorang pakar urologi pernah berkata, kelakian bukan hanya diukur pada kemampuan melakukan hubungan seks tetapi turut membabitkan kesediaan lelaki menerima hakikat serta mendapatkan rawatan secepat mungkin jika dia sedar bahawa dia sudah mati pucuk.

sofi: mmm.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen