apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.11.10

mengerjakan haji

sekarang kan musim haji. minggu depan dah raya haji. Hari raya AidilAdha, bermakna, hari kemuncak tiba, iaitu wukuf di Arafah.

di dalam kosmo, jemaah haji yang mendaftar untuk kali kedua selepas baru pulang daripada menunaikan rukun Islam itu kini perlu menunggu sembilan tahun lagi sebelum nama mereka tersenarai semula. Ini kerana Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menyaring jemaah yang telah mengerjakan haji dalam tempoh sembilan tahun bagi memberi peluang kepada jemaah baru.

"Sistem ini dibuat bagi membolehkan bakal haji yang belum menunaikan haji mendapat kuota menunaikan rukun Islam kelima itu untuk kali pertama," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

baguslah kalau macam tu, kan? lagipun yg wajib itu cuma sekali, betul tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.