apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.11.10

mengancam, diancam, terancam...macam-macam


umur anda berapa, wahai wanita? 20 an?
mm... sdg mekar tu, hehe.
iyalah pd umur begitu, pipi tegang, senyum menawan, tubuh segar.... pendek kata anda amat mengancam. sebab tu agaknya, ramai perempuan kahwin di usia dua puluhan, kan?

masuk usia tiga puluhan, anak dah ada dua, tiga. diri mula kalut dgn mereka. jadi tubuh badan mula serabai sehingga suami rasa terabai. tahukah anda yang di usia ini, anda sedang diancam?
hehe... maksud sofi, kalau anda lalai dalam menjaga kebajikan suami, maka kedudukan anda akan diancam oleh mereka yang mengancam.
huhu...faham tak ni?
lewat usia empat puluhan, usah ceritalah. tiap hari suami terkejut, jaga waktu subuh melihat isteri yang cuba hilangkan kerut. nasib baik tidak terkejut. maklumlah, muka tegang dibalut. dibalut? pakai masker.....lah! waktu ini terancam sesaja. bila suami mula main mata. alah, takkan tak tahu pula, di usia ini, saham kita merudum jatuh tapi orang lelaki pula bukankah...life begins at 40?
jaga-jaga...


akhirnya kita pun masuk setengah abad. ramai memilih untuk bertaubat. rumah kata pergi, ajal dah dekat. macam-macam jadinya kita. kurang iman, dapat alzheimer, kata mereka. kalau rajin membaca al-quran, insyaallah, selamat nnti. nyanyuk? nyanyuk pun tak akan dialami.

sofi: setahun lagi....macam-macam jadi. hmm.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.