apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.11.10

menarik di astro sempena aidiladhaa


rancangan astro mmg banyak pilihan, kan? mcm2 ada...kata depalah. suka hati nak tgk yg manapun, janji bayar bil! malam ni nak tgk citer ni. eh bukan ceritalah. maaf. dokumentari...tentunya sempena sambutan hari raya aidil adha.

mesti tonton:

1. l7 Wonders of the Muslim World (16 November, 7 malam, Discovery Channel)
DOKUMENTARI ini akan menyiarkan sejarah permulaan umat Islam melakukan perjalanan ke Tanah Suci.
Para penonton berpeluang melihat bagaimana sebuah dokumentari diterbitkan penuh teliti mengenai pegangan kepercayaan umat Islam terhadap agama suci itu serta sejarah di sebalik dua masjid agung, Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

2. Soal Asyraf  (16 November, 7.30 malam, Astr Oasis)
SOAL Asyraf ialah program bual bicara yang akan membincangkan isu-isu universal yang berlaku di sekitar kita terutamanya melibatkan para remaja. Dalam program ini, juara sulung Imam Muda, Asyraf membincangkan pelbagai isu penting serta kaitannya dengan Islam merangkumi aspek sains teknologi, populariti laman sosial termasuklah hiburan dan sukan.

Apa yang istimewanya, program ini turut menggalakkan hubungan interaktif apabila para penonton digalakkan untuk menyalurkan soalan dan pandangan tentang topik mingguan melalui laman Facebook Imam Muda atau kiriman surat.

3. Khabar Haji (Episod istimewa Hari Wukuf dan Hari Melontar Jamrah) (16 hingga 19 November, 10 malam, Astro Oasis)
INI merupakan program Bahasa Melayu yang disiarkan ke seluruh dunia hasil kerjasama Astro Oasis dan Iqraa TV, Arab Saudi. Khabar Haji juga boleh ditonton di Arab Saudi menerusi saluran Iqraa TV serta sebahagian Amerika Syarikat, sebahagian Eropah dan sebahagian Asia yang mendapat capaian satelit Iqraa TV.

Pada episod istimewa ini, Khabar Haji akan bersiaran secara langsung dari Arafah dan Mina sempena kemuncak kepada ibadah haji. Pengacara program ini terdiri daripada personaliti-personaliti Imam Muda iaitu Aran dan Azhar serta penampilan istimewa Asyraf.


4. Selami Jiwa (Episod istimewa: Cari Jalan Pulang) (17 November, 7.30 malam, Astro Oasis)
PROGRAM bual bicara ini menampilkan pengacara yang juga pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah sementara tetamu yang diundang pula ialah selebriti terkenal yang akan berkongsi pengalaman dan menyatakan pengakuan jujur mengenai kehidupan yang penuh ranjau.

Dalam episod istimewa ini juga, Dr. Fadzilah menyelami hati dan perasaan masyarakat yang mulanya jahil tetapi mula kembali ke jalan yang benar setelah mendapat petunjuk daripada Allah. Artis undangan dalam program ini ialah Amy Search dan Malek Noor. (artikel ttg ni pernah sofi masukkan dulu)
5. Ku Yakin Berlalu (17 November, 8.30 pagi, Astro Oasis)
Cara paling berkesan menyampaikan mesej islamik ialah melalui drama dan lakonan. TELEFILEM ini mengisahkan Shila yang mempunyai sejarah lampau yang panjang. Pertemuannya dengan Ustaz Arif berjaya memberi sinar dalam hidupnya yang gelap. Para pelakon telefilem ini ialah Airis Yasmin, Piere Andre, Natasha Shile, Khatijah Tan dan Wan Hanafi Su.

6. Menunggu Takbir Raya (17 November, 4 petang, Astro Prima)
KISAH mengenai kehadiran Kathy dan anaknya Johan yang menjadi tanda tanya kepada penduduk kampung. Sepanjang kehadirannya, Kathy menginap di chalet milik Hisham. Lama kelamaan, Hisham menaruh hati pada Kathy namun, dirahsiakan perasaannya itu sehinggalah dia mendapat tahu Kathy bercadang untuk menjadi isteri kedua Othman iaitu imam di kampung itu. Hisham terus mencari maklumat dan mendapati Kathy, janda kepada seorang ahli perniagaan yang kaya dan telah mengikis harta bekas suaminya itu. Kathy berterus terang kepada Hisham tujuan kedatangannya ke kampung itu ialah untuk memastikan dia dan anaknya tidak terus hanyut tanpa pegangan agama. Pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Elaine Daly, Faizal Yusof, Mubarak Majid, Ridzuan Hashim dan Rosnah Johari.

7. Nawaitu Aidiladha (17 November, 9 malam, Astro Prima)
DRAMA ini mengupas perit tanggungjawab seorang bapa, Bujal yang kematian isteri dan membesarkan empat anaknya. Menjelang Aidiladha, situasi menjadi amat menyedihkan. Bujal berhajat untuk mengorbankan seekor lembu bersempena Aidiladha. Namun, hajatnya ternyata samar apabila perniagaan hariannya dilanda pelbagai masalah. Para pelakon terdiri daripada Jalil Hamid, Fiza Elite dan Shahrol Nizam.


4 ulasan:

  1. Salam... siaran yg berilmu dan bleh dimanafaatkan itu menarik asal kan ia jauh dari kemaksiatan.

    BalasPadam
  2. Perbezaan Penetapan Hari Raya Aidil Adha 1431 H

    http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/11/perbezaan-penetapan-hari-raya-aidil.html

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.